December 16, 2010

bila rasa itu tiba

hari ni aku rasa benci bila aku tahu aku boleh buat tapi aku taknak buat. aku tahu aku salah tapi aku tekad juga. aku kena lari jauh-jauh tapi tak cukup jauh. aku rasa bersalah tapi aku tetap kejam. benci bila aku rasa aku tersekat. bila aku rasa masa sebenarnya buat aku lelah. masa sebenarnya buat aku jadi lambat kebelakang. aku harus sgt perlu lari. aku tahu aku blh tapi aku taknak. bila taknak..sedih itu tiba. bila sedih itu tiba...aku jadi tak berguna. aku soal akan realiti.

hari ni aku rasa aku tak suka bila aku harus bermuka muka. bila ke kiri salah ke kanan juga salah. bila tiada yg pasti. bila rasa kejam itu melampau. manusia pasti boleh berubah. tapi tiada hak utk aku kata apa-apa. pandang dan membantu yg hitam. bila yg putih itu tidak pasti maka aku biarkan. jika anda rasa anda betul buat sahaja. tapi ingat yg pasti anda akan dihitung.

hari ni aku rasa gembira bila aku masih aku. aku syukur bila yg aku pegang belum pernah aku lepaskan. aku tahu aku goyah tapi aku syukur aku masih aku. jika ini untuk aku, aku rasa aku suka. syukur. ia ada hikmah. harap tiang aku kukuh utk aku kelak.

hari ni aku rasa aku byk mengarut merapu merabai mencarut tak pasal-pasal.
hari ni aku nampak ada lah beberapa mamat yg duduk makan depan meja aku. aku tahu lah aku makan byk tapi takyah lah duk gelak2 tgk2 ala2 macam tak pernah nampak orang makan banyak! tak reti nak cover ke kalu terkejut pon! haish betul ke orang melayu suka tgk org? pi ketuk hati tanya sendiri.

jgn tgk mirror 2. haruslah aku rasa ganas gila movie tu. aduh sakit habis. bayangkan bila anda gigit kaca maksud saya GIGIT BEST2 PASTU TELAN? herm perut kena toreh dalam2? aduhlahweh..sakit sero. luga tekok ambo. rapunzel tu alahai comelnye. flynn rider tu hensemnye. memang saya sewel bila saya rasa ouh..jatuh chenta dgn character cartoon tak penah wujud. itazura na kiss, saya habiskan satu hari je. saya suka. mereka comel.
alahai..hensem dan comel kan kan kan?

rasa pelik bila sebut lampu isyarat. rasa pelik bila sebut ulangkaji, rasa pelik bila sebut burger istimewa. rasa pelik bila sebut kenderaan. aku tanya mana pergi melayu itu. bila bahasa tidak dibanggakan. cari identiti anda sebelum saya kata anda sebenarnya lalang. buang segala ikut merata. bangga bila anda moden dgn budaya sana.

December 05, 2010

meh nak story morry nih..

pertama:
ala...rindu kat abah and kawan saya

kedua:
disebabkan xbox saya bodoh dan memerlukan duit dan saya pokai maka saya jiwa kacau. saya juga ada menginginkan ini melebihi makanan. ni yg dinamakan kinect ituh!kenapa ade kinect time nih!time pokai nih!

ketiga:
kehadapan si dia yg bile die baca confirm die tahu. jangan duk sedih deh. ade hikmah weh. aku tahu semua orang layak utk peluang kedua tapi bile tiada, mu kena redha. pentingkan yg penting dari yg penting kerna yg penting lebih penting dari yg penting(kuiz bahasa namanye ni). DIA ada rahsia utk hambanya. aku syg mu :)
ingat rules kite one of them no sob sob nehhi kayh.

keempat:
berjalanlah aku ala2 mak cik pi pasar beli tempe tapi masalahnye bukan pi beli tempe. sebelum aku pergi mengeteh bersama tentera2 kuh aku singgahlah kedai sebab umi suruh pi beli kuih melayu dgn keropok lekor. penat aku dgn tentera aku menunggu sambil mengutuk2 kebersihan kedai dan fikir tempat nak melepak pasni.aish, dah lah selamba taugeh je makcik2 tua dtg melintas.TAK RASA BESALAHKAH!tu satu,makcik tua melintas aku sabar lagi.eh eh lame sgt ni mau 30mins aku beratur ni. tetiba rase nak panas. nasib baik tentera ade. blh gelak jugak. okay, yg kedua yg mak cik jual tu muke kalah budak bosnia. tension nak mati. menjerit2 tak habis. masam kalah limau nipis. aku cukuplah rase tidak puas hati bile membeli pastu penjual buat muke macam lapar darah. sentap aku rase. hey, kalu dah penat, dah banyak duit dah, tutup je kedai tu ha. pi relax2 goyang kaki. kami dtg dgn happy tetibe BERTUKAR HULK.

hulk utk mak cik kedai
kelima:
petang tadi aku tengok la dongeng indonesia dekat tv3.bukan nak kutuk nak komen. bagi pendapat saya, saya malu tgk cita gitu. awat hang ingat semua bodoh piang pi letak cerita takde makna kat situ. tak bawa mesej pape. cube la letak cerita yg bak kate haha menjana minda sikit.aiseh (^-^)", penat tau tak tgk crita bodoh(kasar sikit tapi hakikat). tak habis aku tgk. sebab penat gelak tambah malu.

keenam:
result nak keluar.okay dah.bye.

syukur saya pada Pencipta, sayang saya utk semua.

p/s-bukan saya taknak tapi tak boleh. 

November 23, 2010

bila masa aku fikir pasal tajuk entri mesti aku akan amik masa 20mins.hasilnye-takde idea

hari ni aku seorang berfikir melangut bosan dikala cuti ni tak tahu nak buat ape, bile masa takda mood nak buat ape.ni yang aku dapat.

hidup ini tidak diberi indah belaka kerna baru kita kenal apa itu BELAJAR.
hidup ini tidak diberi suci belaka kerna baru kita kenal apa itu DOSA.
hidup ini tidak diberi sempurna belaka kerna baru kita kenal apa itu USAHA.
hidup ini tidak diberi bila usaha akan sempurna segala kerna baru kita kenal apa itu HIKMAH.
hidup ini tidak diberi kaya belaka kerna baru kita kenal apa itu SUSAH
hidup ini tidak diberi bila lahir tahu segala kerna baru kita kenal siapa dia KELUARGA
hidup ini tidak diberi keseorangan kerna baru kita kenal apa itu CINTA DAN KASIH SAYANG.
tapi,bila kita kenal semua ini..
kita terbang tinggi sehingga kekadang terlebih had kita
kita pandang rendah pada yg kurang sempurna
kita seolah tidak sedar ada yg TERATAS melihat kita.
kita ujub dengan yg sementara.
kita leka dengan pinjaman seketika.
kita tahu yg hidup pasti mati
kita tahu yg mati pasti dihitung
kita takut, seram, perasaan bersalah ada..
tapi kita hanya kita
masih mencari cinta DIA yg sebenarnya dekat tapi kita jauhkan.
MAAF itu yg termampu,tapi maaf tidak membantu diri.kita hanya dengan amalan kita kelak. kita seorang diri kelak memikul nama serta amalan yg belum tentu mencukupi.

muhasabah diri,kata hati utk diri sendiri ;-)

November 09, 2010

rasa hati,nasihat utk diri 2#

sebelum saya mulakan topik saya ni, saya nak mohon maaf jika ada yg terasa tapi ingat BACALAH KALAU RASA NAK. tak nak takya baca kayh?

kadang-kadang kita manusia selalu menghakimi seseorang melalui rupa paras mereka. cara pemakaian mereka. tidak, tidak saya kata itu salah. anda ada hak kan? tapi sayangku, tidak semestinya bila seorang itu hanya berjeans pasar malam serta ber T rm10 dia miskin. tidak semestinya bila dia memakai cermin mata serta berbaju kemeja dia bijak. dan tidak semestinya jika si lelaki berseluar pendek dan si perempuan tidak bertudung, dia dasyat. yes, saya tahu menutup aurat itu WAJIB saya TAHU! tidak saya kata ada toleransi utk itu kerna ISLAM menyeru kita menutup aurat, akan tetapi jika kita yg dah menutup aurat itu mengata-ngata org lain, memandang rendah mereka yg masih tidak mendapat hidayah LAYAKKAH ANDA?BAIK SGT DAH KE AWAK TU? ouh, kira anda dah syurga sgt dah ke? saya benci bila ada yg melabelkan melayu suka jaga tepi kain orang. benarkah kita begitu? cermin diri kita. tiada angin masakan pokok bergoyang. semuanya ada sebab.(nasihat utk diri juga)
amik cermin ni pi cermin diri kita tu molek ke tak!
ehsang google
lagi satu..saya tahu bila kita kata kita manusia kita tidak pernah sempurna. tapi tapi tapi ingat jangan jadikan itu alasan kita setiap kali buat salah. MAAFLAH SAYA MANUSIA, TIDAK MAMPU UTK SEMPURNA, SENTIASA BUAT SILAP. u know what? i tell you what kayh BULLSHIT! tidak saya kata saya bijak lagi sempurna lagi baik bak bidadari syurgawi weh! sekali anda kata silap anda sebab anda manusia bagi saya yes saya terima alasan anda.2kali-okay takpa aku pandang menda ni sebelah mata, kali ke 3-agak2 la kan. saya tak suka bila byk sgt alasan. buat salah sikit MAAF SAYA MANUSIA. habis tu aku ni tak lah??aku mampu buat apsal plak ko tak mampu ha? lembik nak mati. perang baru nak mula ko dah rasa nak mati kan?(maaf saya dah mula beraku engkau dah). BUAT DULU, HASIL BELAKANG KIRA BRO!! bila anda dah berusaha sekuat hati dan tiba2 hasilnya tidak seperti yg anda jangka satu ayat utk anda semuanya berhikmah.
tgk mak cik blh buat, kenape ko takle?
ehsang google.

CINTA...
jika anda cinta, ada keikhlasan, ada usaha, ada berkat ingatlah bahawa segalanya akan selesai. biar apa mereka nak kata cinta tidak seperti suis. tidak mampu utk ditutup bila perlu dan dibuka bila mahu. saya gunakan ayat TERJATUH cinta dalam hal suis ni. bila anda cinta dan anda ikhlas datanglah dinosaur sebesar alam pun. datanglah masalah bergunung ganang ada nya usaha pasti selesai. PENCIPTA anda sayangkan anda sebab itu dia uji anda. ada hikmah dan ada pahala ingin dihulur. dan ingatlah bila seseorang itu mula terjatuh cinta dgn anda, hargai dia. jika ada yg terjatuh cinta dgn anda tetapi cinta anda bukan utk dia. cuba beritahu secara berhemah, bukan senang-senang ko pi sembur EYH SAYA TAK SUKA AWAK LAH, SERABUT LA AWK, MAIN JAUH2, MENYAMPAH! (aish, ni saya benci, ko hengat ko hensem lagi lawa sgt kah?). ingatlah bukan mudah utk lupai cinta. bukan mudah utk buang rasa cinta. bila cinta cuba setia. be good, be great, be extraordinary together K? 

=^.^=
ehsang google

siap dah leteran afi asri hari ni.
bersyukur saya pada DIA, sayang saya pada semua.
senyum itu perlu.

October 17, 2010

bagi aku...3#

setelah yes 20tahun aku hidup..tidak la aku kate aku tahu semua.mendengar masalah pernah aku buat.mendengar cerita tangisan malah rintihan juga aku pernah buat.kesian yes memang kesian.

tapi ape boleh saya buat.saya tak dapat bantu awak kalu awak tak bantu diri awk.maafkan saya.andai saya superhero..yes..sure..absolutely..i will help you.try to help yourself first.

tidak saya pandai dalam masalah pasangan-pasangan ni.nasihat saya..
1.hormati pasangan anda please.jangan menipu.jujur tu perlu.katakan sahaja anda ada chemistry dengan orang lain.jangan nak pusing-pusing belit-belit oh tolong jangan.jangan menipu bila hati dah tawar.tidak selalu dia berada diatas.kita bertemu dgn orang lain yg kadang-kadang lebih baik dari pasangan kita.yes.tapi tapi tapi ingat dia bersama anda bila suka senang ketawa menangis.ubah bersama jangan memaksa.tidak semesti orang baru tu mampu melayan anda lebih baik dari pasangan anda.

2.cemburu.iye...kite perlu mesti wajib ada cemburu.cemburu tanda sayang.betul saya setuju.tapi tapi tapi ingatlah jangan melampau sayangku.pasangan anda ada sahabat, kawan, kenalan lama, kenalan baru. jangan duduk main merajuk tak pasal-pasal pastu pasangan anda tak tahu kenapa anda merajuk.bila ditanya anda kata oh,faham-fahamlah. kepala hotak awak, orang mana boleh baca hati awak.pasangan anda tak tahu segala pasal lubang lubang celah celah jalan jalan dalam hati awak.bagitau kenapa anda merajuk.ataupun tanya dulu siapa dia, kenapa awak rapat dengan dia.kan senang tak payah nak perang kena sedia bomb bagai.

3.betul kadang-kadang kite tak suka penampilan perangai pasangan kita, kadang-kadang setelah sekian lama penat melayan. adakan satu hari dalam setahun meluahkannya. jika tidak mampu depan2, buatlah dalam surat ke dalam daun ke atas tanah ke email ke dalam mesej ke.alah..anda kenal pasangan anda buatlah macam mana pon janji anda luah apa yang anda rasa menyampah,geli,gedik sgt pasal dia. tapi ingat jangan main sembur ala2 pasangan anda tu hati die keras macam tembok cina. gunakan bahasa yang jelas,ringkas,belapik sikit.yea,kite manusia bukan blh 100% suka seseorang tu.berhemahlah semasa menegur.

4.ni memang masalah.si dara tak reti-reti pakwe takde duit.tak habis-habis nak suruh belanja itu ini. setiap kali keluar kena belanja makan. oh belanja makan taknak tempat cikai-cikai nak baskin, victoria station, secret recipe.tak lepas makan, siap suruh top up and bayar bil. memanglah pakwe korang tu malam-malam cop duit untuk korang. kadang-kadang sebab apa banyak je helah dia buat masa korang ajak die keluar sebab die takde duit. yang si lelaki tu jangan la ajar makwe anda manja sangat. nak itu ini dibeli nanti bile kawin takde duit pasangan anda tak blh terima. tak semua kita blh sempurnakan untuk dia. anda bukan superhero. cuba share bila makan tak ke lagi romantik. takpon si dara agak-agak beragak la cakap je saya takmo awk belanja today takpon saya belanja awk kalu dah si teruna degil sangat cakap je dah takde duit tu bagi je lah orang belanja. hah,yg si teruna tak payah nak ego sangat terima je lah nanti nikah korang amik gak duit gaji bini kalau dah terdesak.ajar berkongsi dari awal kan lebih baik.

5. bila cinta tunjuklah dari gaya cara pergerakan pandangan anda yea anda betul-betul cinta dia. jaga dia. bawa dia kearah lebih baik. nasihat dia. bimbingnya. perlahan-lahan. hormati dia itu perlu.

tak semua saya fikir ni benar sekadar rasa bagi aku.
okay...penat dah blebey..
lagu saya malam ni

syukur saya pada Ilahi, sayang saya pada semua.

October 15, 2010

terus melangkah :-)

melangkah afiqah asri ke umur setahun lebih tua :)

terima kasih,syukran,arigato,10q kepada semua yg ingat hari lahir aku.jujur katakan,aku terharu.
terkilan sikit sebab umi lambat sikit ucap hari jadi dekat afi.sob sob..

apa yg saya patut buat??
pertama-saya mesti!.....herm.....aaaaa.......er.......
okay nampak sangat aku ni takde matlamat hidup!HOI AFI PI CARI MATLAMAT HIDUP KO CEPAT!
sebenarnye..
aku seorang yg tak plan sangat hidup aku ni.tak organize sangat.tak ambitious sangat.tak sangat sangat lah.hangat hangat tahik ayam.aku jenis suka ikut arus.satu kelemahan.perlu ubah ke tak?

apa yang aku belajar selama ini,
yg ESA begitu sayang pada hambanya.diberi aku kesihatan,peluang,harapan malah udara untuk aku bernafas merasa nikmat dunia, merasa cinta DIA.ALHAMDULILLAH.
bukan mudah untuk melahirkan dan membesarkan seorang anak.terima kasih umi dan abah.cinta afi tinggi sangat untuk umi dan abah biarpon afi ni pendek :)
bukan semua orang dapat adik beradik yg coolest macam aku, terima kasih utk along,ila,afiq,aiman,aniq,ammar,anis.SAYANG JUGAK AKU KAT KORANG!
bukan mudah untuk mendapat sahabat yang ikhlas...terima kasih tak terkira untuk korang.
adanya anda melengkap hidup AFIQAH ASRI!

kata penutup:
bukan aku sempurna untuk semua.bukan aku punya harta selautan.bukan aku baik bak bidadari.bukan aku sabar bak Nabi.bukan aku indah bak lukisan Ilahi.tapi aku ada sayang untuk diberi kepada semua.terimalah aku seadanya sedangkan aku tidak punya apa-apa.andai ada khilaf dari aku,maaf aku pinta.senyum itu perlu :-)

WITH LOVE...
afiqah asri


October 10, 2010

kata hati hari ini

hari ini masih ada,
untuk kita rasa cinta ILAHI,
untuk beri cinta dihati,
untuk luah rasa benci,
untuk rasa diri hina,
untuk taubat sebelum mati,
untuk buka pintu hati.

jangan malu kata rindu,
jangan segan kata cinta,
jangan marah bila benci.
jangan sekat rasa hati.

hati anda,lidah anda,diri anda gunakan sepenuh hati
KERNA ESOK BELUM TENTU MENANTI SEPERTI HARI INI.



*hati saya kata saya sayang semua.rindu abah umi.syukur pada yg ESA :)
CHAIYOK!!!~


September 07, 2010

banyak cerita,banyak ragam,banyak jiwa.

yeay...saya balik ke rumah semula.seronok ye saya.banyak cerita gembira, sedih, duka, lara tak sanggup nak cerita pon ade.teruskan lah dgn cerita-cerita kita kawan-kawan comel dan hensem sekalian..(tak payah nak kembang lah,aku tak ikhlas puji)

cerita pertama-
haha,tgk saya dah update nih.awk tanye saya kan?hehehe...
found my piece of mind.

cerita kedua-
yang lepas biarkan berlepas,yang terbang biarkan terbang,yang lari biarlah berjauhan.cerita sudah jgn ditanya.dah tiada apa-apa.jangan tanya saya kenapa,bagaimana,okay kah.hidup mesti senyum.sakit hati,benci,bertubi tubi soalan ditanya tapi jawapannya takdir.ade hikmah kan?NOKTAH BESAR UTK CERITA NI.

cerita ketiga-
rumit tapi masih saya tau mane tempat saya.rindu dia tapi dah bukan milik saya.bak kate sahabat, mungkin teman dikala sunyi sahaja.tiada harapan utk kamu kerna kamu bukan utk aku.mungkin casanova itu dia.go with the flow~
satu lagi sahabat kate-afi terbanglah tapi jangan tinggi kerna bila jatuh sakit.
satu lagi kate-selagi kamu ada dia,kamu bukan utk aku.
AKU SENYUM DAN TERIMA.

cerita keempat-
malas tahap dewa langit ke 7 dah aku nih.kelas selalu ponteng,buku tak terbuka.rasa bersalah tu ada tapi nafsu tewaskan segala.haruslah aku berusaha lebih sikit cuti ni and buka cuti nanti.nak sejarah berulang?haruslah TIDAK!

cerita kelima-
rindu sahabatku.rindu semua.rasa nak bawa semua kesayanganku disisiku sepanjang masa.
qalis dah besar.banyak songeh.bb amar mungkin kena pegi check mata sebab games.aiman semakin lincah.aniq da kurus sikit puasa ni.yang lain masih cinta hati saya.raya ke7..abah dah nak ke saudi.herm,sedih pula rasa.bagaimana nak tgk muka umi nanti?umi mesti sedih,sunyi.tapi umi selalu kata UMI MESTI KUAT.jadi,aku juga mesti.

cerita keenam-
bertemu lagi saya dgn ramadhan dan insyaAllah aidilfitri ni.ALHAMDULILLAH.
harapnya indah-indah belaka.

ni je kot cerita-cerita bosan hidup saya.banyak tersirat,banyak makna.DIA aturkan segala.
ice cream-teman baik saya sekarang ni.kurus-oh,bukan misi utama dah.

syukur saya pada Pencipta, sayang saya pada semua.

July 11, 2010

bagi aku...2#

hehehehehhehehehehehehehhehehehehehehehehhehehehehehehehehe...............
hoi banyak sangat aku dgr masalah si dara dan si teruna lately nih...


bagi aku...
ade 2jenis manusia dalam dunia nih.

1.jenis yang berani
aku katakan die berani kerana die berani menunjukkan rase sayang,cinta,sume mende meleleh dekat orang die suka termasuk la disemua khalayak ramai.cool la wanita ni.bila suka katakan saja,wat hapa nak sorok2 nye tak kemana!dah suka nak sorok2 ouh! memang menipu diri sendiri.tapi bila wanita sebegini berani menunjuk rasa suka,si lelaki kata menggedik gatai plak..dikutuk bagai.memang kesian la kaum hawa ni serba tak kena.nak tunggu si teruna ambil step awal memang payah la kan sebab pemalu semacam ke.........hm?!
tak gedikla.....khadijah melamar Muhammad.

2.jenis yang menyorok
ni memang kesian.ni memang sedih ni.bukan die tak suka,bukan die jual mahal tapi entah malu ke hapa.
si teruna plak lembab ke hapa puas si wanita bagi signal i like u tapi dibuat derk je kan?WOI teruna ko nak suh wat hapa lagi ye?dah minah tu pemalu,ko jelah amik step ni terhegeh-hegeh,terjeling-terjeling,teleng-teleng,mesej-mesej....nak main tarik tali ke???boleh nak main tarik tali tapi takle lame2 nanti putus tali kamu jugak merana.si teruna pon....cube alert sikit dgn perubahan wanita sekeliling anda,dah wanita tu yang dulunya blh buat eyes contact dgn anda time tgh borak pastu tetiba plak malu2 kucing siam...HA,iye la tu signal i like u KOT.




anda jenis yang mana??1 atau 2??
bile suka iyakan saja,bila tidak katakan TAK NAK.
sekadar rasa BAGI AKU.


sayang aku pada semua.syukur aku pada Pencipta dunia.mmmmuAH :-)


July 08, 2010

rasanya masih sempurna

hm...
kelas dah start.letih mungkin tapi taklah sangat(yep,berbelit dah)
hari ni HANGIT sangat sebab pegi kelas malam2 tapi lecturer takde!nasib baik ade mr.afham and mami taklah takut sgt kat cempaka sorang2,bila naik bus balik baiduri nasib ade mr.afham kalu tak sorangla beta(seram,kosong,berfikir plak kls akan dtg bagaimana ye)
kelas okay je takde yang special,rindu saya dekat rafinie and moon=)
takde apa nak cerita.
harapan yang terbaik utk semua.
rindu di hati melangit tinggi.hm....tak yah lah cerita nanti ade plak kate afi manja kan??yes,memang saya manja!kenapa?!cinta saya untuk mereka,wajar saya rindu mereka.RINDU BETUL!rindu mr.burger,qalis dgn lagu tango2,afiq dgn nyanyiannye,aniq dgn bola petangnye,ammar dgn makanannye,ila dgn handsetnye,aiman dgn cerewetnye,along dengan fifanya,umi dan abah segalanya!herm...........tak blh tulis panjang2.enoughla pasal rindu ni.afi tak kuat nak tulis panjang2 sebab memang nanti berkajang2.yea2,saya manja.masih manusia maaflah.
pangsapuri baiduri,
segalanya baik sahaja(bersyukur)
masak pon best..trimas sahabat.
tengah syok dgn novel musfira bagi pinjam Aa+Bb written by Hlovate,COOL!
jujur katakan novel melayu lama sgt dah tak baca jadi agak lama ambil masa nak start tapi bila dah mula buka,novel ni mmg page turner betul,habis masa tidur!


lessons for today,
hidup mesti kuat..
teruskan melangkah..
jgn mengalah...
senyumla kerna semua pasti indah!
CHAIYOK!

*tiada istilah kurangkan makan demi kesihatan dlm kamus hidup afi masa kini(mengeluh menipu,konon2 menyesal)

bersyukur saya pada DIA,sayang saya pada semua.



June 29, 2010

rasa hati,nasihat utk diri.

dengan merenung,merintih, malah menangis TIDAK menyelesaikan masalah.
senyumlah kerna DIA sayang akan hambaNYA.
bersabarlah kerna ada rahsiaNYA tersendiri.
yakin itu perlu,DIA pasti bantu.
berusahalah kerna jalan pasti terbuka.
harapan yang terbaik aku pinta.
hidup tidak indah semua.
datanglah seribu malah berkali-kali masalah aku tahu ada rahsia.
kuat itu perlu.
Tuhanku,permudahkanlah.


this life that we're living wasn't made for nothing life is a test from Allah the Almighty


bersyukur aku kpd TUHANku,sayang aku pada semua :-)

June 26, 2010

bagi aku...

manusia,

bila ditegur jgn mudah melatah.bila dikata sampah dengar dulu penjelasannya.pokok tidak bergoyang kalau tiada angin.aku tidak kata dia salah,kamu betul atau siapa salah siapa benar.ada sebab apa yg terjadi,pandang,dengar,hayati,fikir dahulu.jgn mudah gelabah.bersikap terbuka dan pemikiran global penting tapi jangan lari dari jalan yang benar.jangan tunjuk lagak sebelum kenal dia.ramai tak bermaksud bakal menang.maaf tidak bermaksud kalah.fikir-fikirkanlah.tidak aku menyokong sesiapa kerna kecil sudut pandangan aku.tidaklah aku menuduh hanya meminta untuk buka minda.emosi dan amarah menipu kita ia bukan buat kita nampak gagah malah nampak hina.digelak kita oleh orang lain kerna rendahnya akal kita.tinggi akal tidak bermaksud dekan tetapi mencari kesalahan dan berubah.mendengar teguran.jika gagal tidak mengalah.aku tidak pula mengatakan aku tahu segala kerna aku jauh dari itu.tapi kamu tahu diri kamu lebih dari aku.aku tahu kita mampu berubah dan mengubah dunia.fikir-fikirkanlah.

cinta,
kerna cinta hilang kawan,kerna cinta hilang agama,kerna cinta merintih ibu dan ayah,kerna cinta berat timbangan bahu kiri.TIDAK bukan itu cinta yg aku mahu.bagi aku,cinta yg sebenar TIDAK indah segala dan manis segala.TIDAK aku mahu semua sempurna.cukup sekadar aku dan dia mampu melengkap segala.saling setia serta percaya,hormat-menghormati,tegur-menegur,pimpin-memimpin,merangkak bersama,berlari bersama.masih ingat yg kita HAMBA,masih ingat hidup hanya SEMENTARA.cinta bukan memiliki cukup sekadar tahu akan dia bahagia.cinta tidak pula bermaksud bertemu setiap hari cukup sekadar dilihat dari jauh.jangan sedih jika dia bukan milik kita kerna Tuhan ada rahsia tersendiri.sekali lagi aku katakan ini cinta yang aku cari.masih tercari-cari cinta insan bernama lelaki.

lagu aku hari ini,


ok dah abis blebey..
syg aku pd semua,bersyukur aku to my Creator.mmmmuaH!

June 17, 2010

i can't wait no more...

honestly im lil bit confuse about my feeling today.
i cant wait to see him.cant wait to say how much i miss him..im nervous.
hoping and praying that everything will be fine.
miss abah very much...=)
i can see everyone happy faces today especially my dearest umi.

watched the young victoria movie.such a very good and positive movie.i can see how much albert loves her.people might say im lil bit matured than my age because i always watching dis kind of 'org tua' types of movies.dats me i guess:P

syg sy utk semua.syukur sy to my Creator,the Lord of universe.

June 12, 2010

result

the only word that i can describe bout my result malunye.
tp,Allah bg ape yg kite usaha.
mungkin usaha tak cukup lg.
study last min smpi tak tidur-tak menjadi.
malu gile!!!!
tp,bile terhantuk di awl jalan takpe blh patah blk,bile terhantuk di akhir2,hm...nauzubillah.
berusahalah afi.sedih tu ade...tp jgn lame2.
CHAIYOK!!~

June 11, 2010

rasa nk marah..

pesal la dgn portal uitm ni????eeieeeeeiiiii!!!!tau tak setiap kali beta nk tgk result ade je masalah.busy la, processing la,database problem la.refresh for like thousand times until i dun feel fresh anymore.and u know what?????????i tell u what,hell wit that.kalu sekali,yes sy blh terima,dua kali, sy cuba maafkan bile dah smpai selepasnye menggelegak rase.sbr...sbr...separuh dri iman.tp bygkan bila anda rse cuak nak mati menunggu rase cam sengsara tp tak blh buka. byk je halangan.upgrade la your system.facebook berapa ribu makhluk bumi masuk tak apa2 pon.ni mmg luahan perasaan ni...

tp takpe..........mende da jadi tu.seberapa byk sy usaha tu yg sy akan dpt right????yes,tpkan......rse bdebar tu ade.the only way to sleep and smile is stay calm. ila da dpt result die. aku tgh tgu lagi. Alhamdulillah,ila wat dgn jayanya.malu plaks kalau result beta dasyat(tpikir)

baru lepas tgk the karate kid.such a very good movie.sonok jugak tgk.tp takde mood nk elaborate further because of this stupid idiot crazy portal.

better i shut my mouth up before anything bad happened because i tend to do it when my kesabaran mati.

sy rase nk marah..

lessons for today
bile kite hanya melihat dgn mata kita akan mudah tertipu
dun jump into conclusion without any knowledge about it
kata mmg mudah bukti sgt pyh
belajar meletakkan diri di tempat org bru rse pedihnya peritnya dia
jgn mudah goyah kerna mengalah tu syaitan
teguhkan pasak kerna ia iman anda
amarah itu menampakkan bukti kelemahan kita
belajar dan terus belajar agar diri bermakna
berjaya tidak semestinya cemerlang.tahu kelemahan itu kejayaan,.
diri ini hina, jgn rasa bangga.

June 06, 2010

cinta

cinta,
ade byk jenis.tu aku blaja dlm social psychology time sem 2 foundation.
isk,cinta tu penting dlm diri manusia.org yg seperti firaun bercinta.aku tidak terkecuali.aku rase tak usah la bercerita ttg cinta pd yg Esa,family dan sebagainye sb korang tau kan psl tu kan???

soalan yg sentiasa dituju..
mu tokse couple ke:nok jah kalu jumpe sesuai.
bile mu nok couple:aduh,aku rase mcm payah nk couple ni sb:
1.aku ni senang terjebak dgn dosa kerna aku lemah.2.aku jenis mls nk cite psl hidup aku dkt seseorg,3.aku mls nk cite aku nk pegi kedai so nti sy call bla bla,4.aku tak suke sgt bersms senang call,5.aku pokai utk byr bil btimbun2,6.aku tak sedia lg kot,7.kalau aku jumpe org sesuai aku couple nye pastu aku btau org yg pernah tanye ni and setiap kali aku cuti sem dia call tanye soalan same.
bile mu nok nikoh:la.....jodoh smpai nikoh la.tunggu la siap2 habis blajar kalu blh.muda lagi.
afi betul2 suke lelaki ke:ni soalan aku panas skali.mmg panas!!!ye syg,sy suka lelaki.ko igt aku ni buat mende haram jadah lagu tu ke??agak2 la tanye soalan.
ko pernah kecewa dgn laki ke ko cam jadi ganas dan mcm tak memerlukan kasih syg lelaki: rase nk btau je sape yg tanye soalan ni tp takpe la sebab kawan aku kan.kecewa???mungkin ye mungkin tidak.hidup mesti diteruskan.weyh,ganaskah aku mek tot??nti aku jadi lembut macam lalang ditiup angin ye??tak memerlukan kasih syg laki??ouh perlu sgt la,ko igt aku mayat ade hati tp mati ke sygku??
skrg afi ade suka sape2 tak: ouh ni soalan best.aku suke,tanye la byk2.terlampau ramai utk ditulis disini:P *u can catch my eyes but not my heart until i let u.aku tak tau nk jawab gane soalan ni.

kpd encik2 dan cik2 sekalian,kalu korang tanye aku mende sama lagi aku tendang yea??takpon aku mls da angkat fon or reply any msg.(GIMIK JE),aku tau la korang syg aku sb tu korang byk tanye kan kan kan????(ye,aku npk korang nk muntah geli)

byk nyamuk la tempat ni!!!menderita aku.pada yg sorang tu yg aku paling syg sekali dgr molek ye syg ku,aku menulis smbil menjerit khas utkmu,baca dan dgrkan..SUKA HATI AKU LA BLOG AKU NK TULIS PJG MANE,"BACELA KALU RASE NK".

nota sisi(bljr dgn haha):
aku da tak pandai main games.mmg tak pandai dah.tak tau nape tp yea tak pandai.lately ni mmg aku jarang gile da main takpon xde langsung dh.byk games yg tgantung tak main2 sebab aku ade drama korea and novels betimbun,movies utk digunapakai.

May 28, 2010

takde tajuk.

hari ni, rindu dkt abah makin byk,kat kwn2 m'buak2, cuak akan result bertambah2.
aku tak sure sgt dgn result aku.myb sebab aku main2 and study last min.aku kan mcm tu=P
selalu tak dtg kls sb balik and malas.at lis 2kali setiap subjek..hm...yg tu sb kawan tak tlg sign kalu tak berlambak-lambak!(trimas kat fira,finie,dzul,mun,kak long yg tlg tandatgn)

hari ni,keluar jln2,mkn2,afiq,baby,aniq,amzar tgk shrek tp beta malas plak sb nk tgk dgn hannah hari rabu kot lah.lgpon,hari ni letih sikit sebab byk keja nk kena buat.anis qalis lately ni suke sgt lagu shinee-ringdingdong.aiya nk abis lemak beta menari bsama=P

hari ni,berborak aku dgn seseorg yg aku knl mengatakan hidup biar berpada2.biarlah macam mana pon janji kita dgn Allah tu ok.hmmmm....aku katakan 60% aku stuju.
aku ambil ayat hidup berpada-pada sebagai jgn la terlampau bermewah sehingga mbanzir,betul..
hubungan kite dgn Allah mestilah dijaga,tepat..
tp...
jgn la sampai diabaikan segala.tak kan la rela dilihat papa tanpa usaha asalkan dgn Tuhan itu ok,
aku tidak setuju.
carila harta bagai ingin hidup selamanya,beribadah lah seperti mati esok,Rasul berpesan. itu aku katakan utk aku la.terpulang jika hendak atau tidak mahu menerima.aku tidak katakan aku sempurna kerna itu jauh sekali utk aku.tp igt jgn leka dgn duniawi.mungkin ada yg akan katakan biarla dia atau aku jd aku, ko layan hal ko je,syurga masing2.yes,aku stuju tp bukankah surah al-asr ada menyeru manusia nasihat-menasihati.tp,aku katakan sekali lagi.terpulanglah..

last but not least,
my iera nk mai uma lusa~
beta seronok!!!!takla bosan sgt.
psst,bile aku nk diet ni,byk makan hari ni???=P
ok,stuju dgn seorg sahabat aku yg mengatakan 'afi,aku rasa nafsu mkn ko kuat sgt kot'
ouh,tumbang dgn nafsu.kurangkan makan.gambatte!!!


mmmuahs~




May 17, 2010

bosan..

aku rase ayat BOSAN ni da berjuta kali aku guna dlm hidup aku.alamak afi kite kena isi masa lapang kite.bukan byk masa lapang kite, hanya masa kite muda ni je kite ade. afi igt tu..

bercakap pasal masa lapang nih,
hari ini aku rasa aku tak isi masa lapang aku dgn baiknye,
aku hanya...
hm........
tidur, makan, borak thomas cup, fb, xbox, buat cengkodok pisang lg(umi suke), mcD,...
jap2 ada, aku ada buat baik hari ni, ajar ammar ngaji for like only 13mins. the other minutes hm.... dun know.

hari ini kena cium dgn afiq, agak berair liur pipi ku plus ade jerawat sebutir besar nalla satu. tahniah afi.
esok umi ajak teman dia and.... i need shoes, and baju kurung for me to go to kenduri because i din bring any baju kurung to kuantan and i left all my kurungs at baiduri. sorry umi!
hahaha..afi tau umi mcm 'hish,budak nih kan umi suruh bawa balik!' sorry.i know you love me kan?? kesian umi dpt anak perempuan mcm afi=D
i miss abah so much lately. i dunno why. i know umi miss him too. umi told me yang abah balik 18th june. ouh lambat lagi. can't wait any longer. afi sabar..


lessons for today...
esok masih belum pasti utk aku.
syurga belum pasti utk aku genggam.
cinta Esa aku persiakan,
cintai Dia yg sentiasa mencintai.
jadi yg terbaik.
be a good believer not follower.
fikirkan..
jika aku mati esok...
sekarang, kini aku katakan jujurnya aku masih belum pernah bersedia.
bila??bila utk aku bersedia?dia pasti dtg jua tidak kira masa dimana jua.
maka....
aku katakan pada diriku..
BERSEDIALAH SEGERA.
chaiyok!!!

selasa sy kena turunkan berat badan. Islam menyeru umatnya menjaga kesihatan!
CHAIYOK afi.....

ps-i need ice cream badly=P i need sumone to belanje me because money dun love me right now. die merajuk sb afi tak berjimat. no one want to belanje me because i need mr baskin robbins. other reason..afi on diet. so bye mr. robbins.

i love u all..mmmuaahs.

May 15, 2010

salah aku..

i had such a big fight with my brother afiq today.
mungkin kate2 aku kasar.ye aku tau aku slh.
takpe umi ade crita ttg baran mu pd aku.
i justify the way you run at me and throw sumting at my face as 'darah muda'
i justify the way you hold my hand tight as a self defense.
tidak2 aku tidak blh marah kerna aku tidak layak.tp blhkah aku katekan aku kecewa,mungkin aku juga tidak layak.JGN MRH BG MU SYURGA.yea,aku cuba pegang tp syaitan berjaya tumbangkan aku hari ini.
hari ini umi cried because of us.LORD...help me.
i hate umi's extreme words when she mad at me.yes,maybe because i crossed your limit today.
aku tahu utk gelaran anak solehah jauh utk aku genggam.
i hate myself today.i hate when people keep coming to me and say yes,afi salah.did they know me inside.
mereka panggil aku turun.aku katakan blh tak bg aku reda.bagi aku mase utk aku.TIDAK aku tidak layak.yea,kerana aku salah.


afi...buang perasaan anda jauh2,fikir utk org lain.

May 13, 2010

penghargaan

dia..aku blh katekan comel orgnye.suka memuji tu kelemahannye.
kekuatannye tidak serba serbi,tp satu yg aku suke die suke pkirkan sifat baik seseorg bile die mrh.aku marah pdnya, aku katekan pdnya 'hipokrit', 'angel', 'pedendam'..tp pd akarnya aku suka.
bila aku rasa kusut dan tepat pd waktunya die ade..aku luahkan saja.die tadah dan simpan(aku hrp).penghargaan aku beri padanya.
rindu aku bila dia ada..dekat dgn aku sewaktu dulu tp aku buta.lupa akan dia ada,bergaduh itu hobi aku, aku tahu dia sabar,aku npk rasa mrhnye...tp itu aku,mungkin aku katekan aku pembuli tegar.
kami suka tomyam..hm..tidak tepat,kami sgt suke tomyam.die suka kucing tp aku tidak(msh mcuba),kami suka tidur,kami suka hijau, ak suka games,tp dia tidak.
kini...
jarang aku bsamanya,skali lg aku katekan, ak rindu waktu dulu.
syg aku padanya hanya dgn tengking(maaf)
suka aku pdnya hanya dgn kutukan(maaf)
cinta aku pdnya dgn sepakkan(maaf)
ye aku tahu kadang ape yg kami debat die benar tp aku tak suka mengaku(maaf)
kata kesatku,gerak kasarku aku tahu salahku.
penghargaan lagi utknya.
rasanya pujian aku ini melambung almaklumlah belajar dr siapa(maafla)
aku harap dia akan jadi dia..mungkin lebih baik.


penghargaan ini utk semua..i love u all.


May 10, 2010

ade mood nk menulis=)

ntah kenapa beta terasa rajin nk menulis di blog nih.
hm...same ade tulisan ini dpanggil luahan perasaan atau isi masa lapang terpulangla.yg penting bosan cuti sem ni.
terasa rdu kat abah dan kawan2..ntah diorg rdu aku ke tak hah?harap baik2 sht2 sume..


hari ni takde ape yg special, stakat main2 dgn adik2 sebab aku suruh diorg ponteng satu hari ni.hehehehe=)
ye2...aku tau aku kakak yg baik!(aniq,ammar,afiq bile cuti??)
teringin plak nk tgk shrek after forever dgn diorg tp...afiq exam time tu!!!grrrr!!!~
hari ni mcm biase jugak tgk drama korea yg biase2 je(couple or trouble).tgh episode 2.anis adibah kate best,cam biase je mak rase kak oi~

hari ni baby aka ammar bgtau aku satu rahsia dia.ak ni pon terhegeh nk dgr.bukan main aku naik bilik aku,check line clear ke tak,kunci bilik lagi.pastu bermula sinetronnye...
ammar-kak afi,sbnrnye....hm.....(muke sedey gile smpai aku pon risau.)
aku-ye baby,sbnrnye ape??kak afi janji tak btau sape2 dun worry btau je.baby kne buli ke??dgn sape??anak sape??duk mane?bia kak afi serang die.
ammar-sbr la kak afi.cool2..bukan kene buli la.hm....janji jgn marah???
aku-mane blh janji baby kena btau dulu bru kak afi decide nk mrh ke tak.
ammar-ala...mesti kak afi marah.
aku-(tak sabar dah aku)btau je la!!!nti tak boleh main game.(ugut2)
ammar-baby tak pnh buat homework math jadi cikgu baby htr surat kat umi suh baby buat dari tgh smpai akhir.pastu kene htr hari ni(isnin) sb tu la bile kak afi kate takya pegi sekolah baby rase happy.(sambil senyum2 kambing) baby menambah kak afi tlg ajar baby ye??

conclusionnye hari ni penat la aku ajar die math tp yg mane dia tak larat aku buatkan je tiru tulisan bdk2(kire aku ni berseni jugakla=P)
keje bdk darjah 1 ni betimbun jugakla.
pastu si cikgu math tu gile ke haape!!suh buat half book in 2 days.tau la nk denda ammar sb tak siap homework tp...agak2 la mok chek!!!

k la lapar...chow...a'kum...i love u all,mmmuaaahs.





bakpo gituh???

td...
ak pegi la berjalan2 ke gerai makan yg takla semegah sgt.
pegi takkan tak memenuhkan ruang perut kan??
ade la abg dtg..ak pon order la makanan yg juge taklah semegah sgt chicken grill jew.
bosan menunggu..
seperti biasa,teringin nk buka signal luas2.
ak pon menoleh kiri(tiada) dan kanan.....
......vrooom.....
abg nsem nalla punye nsem berjalan melalui anak biji mata mak!
tersirap jantung mak...taman bunga hati kak oi~
dgn cover2 ak pon melihat abg tu duduk DEPAN meja ak.(bunga lagi jantung)
ak pon borak2 dgn bonda terchenta sambil chori2 pandang mamat tuh.
adesss....nsemnye~

die pon...
start bajek da...mula dah...bajek gile nih.usap2 rambut durian kaktusnya lalu mengehem2kan tekaknya spt ade kahak.

ak pon...
ades......
'ape ko hengat ko hensem sgt???NEXT!!'





"kami wanita kadang2 pdg korang(laki yg hensem) bkn nk menggatal kami nk cuci mata je.tak gigit pon.jgnla act bajek sgt,rengse mata hati nengok.."

perkenalan

HYE!!!!!!assalamualaikum..
nama sy...afiqah asri.
pelajar uitm,degree in law.
bagi ak..
ak ni simple,suke makan,suke duit..
bacalah jika anda sudi.blog ni hanya luahan perasaan tiada niat nk menyinggung hati,jantung,perasaan sesiapa..i love u all!mmmuahs~