November 23, 2010

bila masa aku fikir pasal tajuk entri mesti aku akan amik masa 20mins.hasilnye-takde idea

hari ni aku seorang berfikir melangut bosan dikala cuti ni tak tahu nak buat ape, bile masa takda mood nak buat ape.ni yang aku dapat.

hidup ini tidak diberi indah belaka kerna baru kita kenal apa itu BELAJAR.
hidup ini tidak diberi suci belaka kerna baru kita kenal apa itu DOSA.
hidup ini tidak diberi sempurna belaka kerna baru kita kenal apa itu USAHA.
hidup ini tidak diberi bila usaha akan sempurna segala kerna baru kita kenal apa itu HIKMAH.
hidup ini tidak diberi kaya belaka kerna baru kita kenal apa itu SUSAH
hidup ini tidak diberi bila lahir tahu segala kerna baru kita kenal siapa dia KELUARGA
hidup ini tidak diberi keseorangan kerna baru kita kenal apa itu CINTA DAN KASIH SAYANG.
tapi,bila kita kenal semua ini..
kita terbang tinggi sehingga kekadang terlebih had kita
kita pandang rendah pada yg kurang sempurna
kita seolah tidak sedar ada yg TERATAS melihat kita.
kita ujub dengan yg sementara.
kita leka dengan pinjaman seketika.
kita tahu yg hidup pasti mati
kita tahu yg mati pasti dihitung
kita takut, seram, perasaan bersalah ada..
tapi kita hanya kita
masih mencari cinta DIA yg sebenarnya dekat tapi kita jauhkan.
MAAF itu yg termampu,tapi maaf tidak membantu diri.kita hanya dengan amalan kita kelak. kita seorang diri kelak memikul nama serta amalan yg belum tentu mencukupi.

muhasabah diri,kata hati utk diri sendiri ;-)

November 09, 2010

rasa hati,nasihat utk diri 2#

sebelum saya mulakan topik saya ni, saya nak mohon maaf jika ada yg terasa tapi ingat BACALAH KALAU RASA NAK. tak nak takya baca kayh?

kadang-kadang kita manusia selalu menghakimi seseorang melalui rupa paras mereka. cara pemakaian mereka. tidak, tidak saya kata itu salah. anda ada hak kan? tapi sayangku, tidak semestinya bila seorang itu hanya berjeans pasar malam serta ber T rm10 dia miskin. tidak semestinya bila dia memakai cermin mata serta berbaju kemeja dia bijak. dan tidak semestinya jika si lelaki berseluar pendek dan si perempuan tidak bertudung, dia dasyat. yes, saya tahu menutup aurat itu WAJIB saya TAHU! tidak saya kata ada toleransi utk itu kerna ISLAM menyeru kita menutup aurat, akan tetapi jika kita yg dah menutup aurat itu mengata-ngata org lain, memandang rendah mereka yg masih tidak mendapat hidayah LAYAKKAH ANDA?BAIK SGT DAH KE AWAK TU? ouh, kira anda dah syurga sgt dah ke? saya benci bila ada yg melabelkan melayu suka jaga tepi kain orang. benarkah kita begitu? cermin diri kita. tiada angin masakan pokok bergoyang. semuanya ada sebab.(nasihat utk diri juga)
amik cermin ni pi cermin diri kita tu molek ke tak!
ehsang google
lagi satu..saya tahu bila kita kata kita manusia kita tidak pernah sempurna. tapi tapi tapi ingat jangan jadikan itu alasan kita setiap kali buat salah. MAAFLAH SAYA MANUSIA, TIDAK MAMPU UTK SEMPURNA, SENTIASA BUAT SILAP. u know what? i tell you what kayh BULLSHIT! tidak saya kata saya bijak lagi sempurna lagi baik bak bidadari syurgawi weh! sekali anda kata silap anda sebab anda manusia bagi saya yes saya terima alasan anda.2kali-okay takpa aku pandang menda ni sebelah mata, kali ke 3-agak2 la kan. saya tak suka bila byk sgt alasan. buat salah sikit MAAF SAYA MANUSIA. habis tu aku ni tak lah??aku mampu buat apsal plak ko tak mampu ha? lembik nak mati. perang baru nak mula ko dah rasa nak mati kan?(maaf saya dah mula beraku engkau dah). BUAT DULU, HASIL BELAKANG KIRA BRO!! bila anda dah berusaha sekuat hati dan tiba2 hasilnya tidak seperti yg anda jangka satu ayat utk anda semuanya berhikmah.
tgk mak cik blh buat, kenape ko takle?
ehsang google.

CINTA...
jika anda cinta, ada keikhlasan, ada usaha, ada berkat ingatlah bahawa segalanya akan selesai. biar apa mereka nak kata cinta tidak seperti suis. tidak mampu utk ditutup bila perlu dan dibuka bila mahu. saya gunakan ayat TERJATUH cinta dalam hal suis ni. bila anda cinta dan anda ikhlas datanglah dinosaur sebesar alam pun. datanglah masalah bergunung ganang ada nya usaha pasti selesai. PENCIPTA anda sayangkan anda sebab itu dia uji anda. ada hikmah dan ada pahala ingin dihulur. dan ingatlah bila seseorang itu mula terjatuh cinta dgn anda, hargai dia. jika ada yg terjatuh cinta dgn anda tetapi cinta anda bukan utk dia. cuba beritahu secara berhemah, bukan senang-senang ko pi sembur EYH SAYA TAK SUKA AWAK LAH, SERABUT LA AWK, MAIN JAUH2, MENYAMPAH! (aish, ni saya benci, ko hengat ko hensem lagi lawa sgt kah?). ingatlah bukan mudah utk lupai cinta. bukan mudah utk buang rasa cinta. bila cinta cuba setia. be good, be great, be extraordinary together K? 

=^.^=
ehsang google

siap dah leteran afi asri hari ni.
bersyukur saya pada DIA, sayang saya pada semua.
senyum itu perlu.