October 17, 2010

bagi aku...3#

setelah yes 20tahun aku hidup..tidak la aku kate aku tahu semua.mendengar masalah pernah aku buat.mendengar cerita tangisan malah rintihan juga aku pernah buat.kesian yes memang kesian.

tapi ape boleh saya buat.saya tak dapat bantu awak kalu awak tak bantu diri awk.maafkan saya.andai saya superhero..yes..sure..absolutely..i will help you.try to help yourself first.

tidak saya pandai dalam masalah pasangan-pasangan ni.nasihat saya..
1.hormati pasangan anda please.jangan menipu.jujur tu perlu.katakan sahaja anda ada chemistry dengan orang lain.jangan nak pusing-pusing belit-belit oh tolong jangan.jangan menipu bila hati dah tawar.tidak selalu dia berada diatas.kita bertemu dgn orang lain yg kadang-kadang lebih baik dari pasangan kita.yes.tapi tapi tapi ingat dia bersama anda bila suka senang ketawa menangis.ubah bersama jangan memaksa.tidak semesti orang baru tu mampu melayan anda lebih baik dari pasangan anda.

2.cemburu.iye...kite perlu mesti wajib ada cemburu.cemburu tanda sayang.betul saya setuju.tapi tapi tapi ingatlah jangan melampau sayangku.pasangan anda ada sahabat, kawan, kenalan lama, kenalan baru. jangan duduk main merajuk tak pasal-pasal pastu pasangan anda tak tahu kenapa anda merajuk.bila ditanya anda kata oh,faham-fahamlah. kepala hotak awak, orang mana boleh baca hati awak.pasangan anda tak tahu segala pasal lubang lubang celah celah jalan jalan dalam hati awak.bagitau kenapa anda merajuk.ataupun tanya dulu siapa dia, kenapa awak rapat dengan dia.kan senang tak payah nak perang kena sedia bomb bagai.

3.betul kadang-kadang kite tak suka penampilan perangai pasangan kita, kadang-kadang setelah sekian lama penat melayan. adakan satu hari dalam setahun meluahkannya. jika tidak mampu depan2, buatlah dalam surat ke dalam daun ke atas tanah ke email ke dalam mesej ke.alah..anda kenal pasangan anda buatlah macam mana pon janji anda luah apa yang anda rasa menyampah,geli,gedik sgt pasal dia. tapi ingat jangan main sembur ala2 pasangan anda tu hati die keras macam tembok cina. gunakan bahasa yang jelas,ringkas,belapik sikit.yea,kite manusia bukan blh 100% suka seseorang tu.berhemahlah semasa menegur.

4.ni memang masalah.si dara tak reti-reti pakwe takde duit.tak habis-habis nak suruh belanja itu ini. setiap kali keluar kena belanja makan. oh belanja makan taknak tempat cikai-cikai nak baskin, victoria station, secret recipe.tak lepas makan, siap suruh top up and bayar bil. memanglah pakwe korang tu malam-malam cop duit untuk korang. kadang-kadang sebab apa banyak je helah dia buat masa korang ajak die keluar sebab die takde duit. yang si lelaki tu jangan la ajar makwe anda manja sangat. nak itu ini dibeli nanti bile kawin takde duit pasangan anda tak blh terima. tak semua kita blh sempurnakan untuk dia. anda bukan superhero. cuba share bila makan tak ke lagi romantik. takpon si dara agak-agak beragak la cakap je saya takmo awk belanja today takpon saya belanja awk kalu dah si teruna degil sangat cakap je dah takde duit tu bagi je lah orang belanja. hah,yg si teruna tak payah nak ego sangat terima je lah nanti nikah korang amik gak duit gaji bini kalau dah terdesak.ajar berkongsi dari awal kan lebih baik.

5. bila cinta tunjuklah dari gaya cara pergerakan pandangan anda yea anda betul-betul cinta dia. jaga dia. bawa dia kearah lebih baik. nasihat dia. bimbingnya. perlahan-lahan. hormati dia itu perlu.

tak semua saya fikir ni benar sekadar rasa bagi aku.
okay...penat dah blebey..
lagu saya malam ni

syukur saya pada Ilahi, sayang saya pada semua.

October 15, 2010

terus melangkah :-)

melangkah afiqah asri ke umur setahun lebih tua :)

terima kasih,syukran,arigato,10q kepada semua yg ingat hari lahir aku.jujur katakan,aku terharu.
terkilan sikit sebab umi lambat sikit ucap hari jadi dekat afi.sob sob..

apa yg saya patut buat??
pertama-saya mesti!.....herm.....aaaaa.......er.......
okay nampak sangat aku ni takde matlamat hidup!HOI AFI PI CARI MATLAMAT HIDUP KO CEPAT!
sebenarnye..
aku seorang yg tak plan sangat hidup aku ni.tak organize sangat.tak ambitious sangat.tak sangat sangat lah.hangat hangat tahik ayam.aku jenis suka ikut arus.satu kelemahan.perlu ubah ke tak?

apa yang aku belajar selama ini,
yg ESA begitu sayang pada hambanya.diberi aku kesihatan,peluang,harapan malah udara untuk aku bernafas merasa nikmat dunia, merasa cinta DIA.ALHAMDULILLAH.
bukan mudah untuk melahirkan dan membesarkan seorang anak.terima kasih umi dan abah.cinta afi tinggi sangat untuk umi dan abah biarpon afi ni pendek :)
bukan semua orang dapat adik beradik yg coolest macam aku, terima kasih utk along,ila,afiq,aiman,aniq,ammar,anis.SAYANG JUGAK AKU KAT KORANG!
bukan mudah untuk mendapat sahabat yang ikhlas...terima kasih tak terkira untuk korang.
adanya anda melengkap hidup AFIQAH ASRI!

kata penutup:
bukan aku sempurna untuk semua.bukan aku punya harta selautan.bukan aku baik bak bidadari.bukan aku sabar bak Nabi.bukan aku indah bak lukisan Ilahi.tapi aku ada sayang untuk diberi kepada semua.terimalah aku seadanya sedangkan aku tidak punya apa-apa.andai ada khilaf dari aku,maaf aku pinta.senyum itu perlu :-)

WITH LOVE...
afiqah asri


October 10, 2010

kata hati hari ini

hari ini masih ada,
untuk kita rasa cinta ILAHI,
untuk beri cinta dihati,
untuk luah rasa benci,
untuk rasa diri hina,
untuk taubat sebelum mati,
untuk buka pintu hati.

jangan malu kata rindu,
jangan segan kata cinta,
jangan marah bila benci.
jangan sekat rasa hati.

hati anda,lidah anda,diri anda gunakan sepenuh hati
KERNA ESOK BELUM TENTU MENANTI SEPERTI HARI INI.



*hati saya kata saya sayang semua.rindu abah umi.syukur pada yg ESA :)
CHAIYOK!!!~