December 30, 2011

weh...kita dah nak masuk tahun baru..patut kata hoorey ke?

1. sebab aku tatau nak buat apa..afiq dgn along pegi kerja so...here i am alone in the...eer...room?on the bed?in front of lappy?

2. umur aku cukup dah nak mengundi tapi aku tak daftar undi lagi.aha..dgr dekat sorang kawan aku yg kuat politik dia akan kata 'afi,kau taknak gunakan hak kau ke?' aceh..chillex lepak phrai..nanti akan ku daftar.cakap pasal nanti ni..aku memang suka tangguh kerja kan?selagi aku tak rasakan tekanan tu..selagi tu aku takkan gerak.tak senonoh!!kau tau aku nak exam final 10hb Jan 2012?pastu aku tahu nota aku tak tersiap lagi.tapi...kau tgk la aku tgh sibuk berblog2 jadah ini.jangan tiru aku kalau kau nak dekan.

3. 2011, kalau nak cerita warna warni tahun 2011 ni memang berkajang2 lah hoi. tapi bila umi abah adik2 duduk kat tanah luar malaysia memang aku rasa perasaan menghargai kasih sayang dan pengorbanan.(mood serius), dulu aku ni pemalas..tolong la aku masak pon hancur, stakat kemas sikit2 rumah sebab kena jerit kat umi baru aku gerak.sekarang..aku kata aku belajar tak kata cemerlang but yes still learning. rindu kadang2 dah penat dah rasa. air mata rasanya dah penat keluar..akhirnya buat aku rasa mcm kuat 'sikit' tak aku kata mcm badang tapi yea 'sikit'.
pernah sekali aku rasa rindu sangat bila kat terminal bus biasanya abah akan ambil aku pastu balik umi adik2 ada kat rumah.tapi sekarang,aku cari menda tu,dulu aku pandang remeh.kan aku dah kata rasa menghargai tu ada.
okay dah2 lah kita cerita menda nak habis2 stock air mata kan..sedih duka lara derita je kan..meh tukar cerita..2011 banyak jugak happynye..aku pi buat umrah,Alhamdulillah.umrah..takda ayat aku nak kata bertapa rasa hiba kat sana,rasa macam...hmm...indah.ayat indah tu pon rasanya tak cukup cover semua yg aku rasa.tapi kalau ada duit and peluang aku memang nak pergi lagi!!

4.2012-haaaa,kalau cerita azam 2012 bukan berkajang tapi satu perenggan pon tak sampai.aku bukan jenis nak berazam2 ni.tapi kalau cerita harapan memang berkajang2.okay harapnya tahun depan tahun yg baik dari tahun2 sebelumnya!!yeay!!!panjangkan hayat ni utk aku rasa indahnya nikmat DIA.

tu je la..
sayang saya utk semua :)

August 03, 2011

happy :)

saya tak sabar dah nak jumpa2 family saya kat tanah luar Malaysia. Tu je post ni nak bgtau.

sahabat,
pernah aku kata aku pernah pergi kan kat situ kan?sbnrnya...aku tak pernah pon.jejak tak pernah.dgr pon benci.aku kata bila aku sebenarnye nak kata 'dah,jgn ajak aku pergi tempat tu'.bila kau tak bijak,kau jgn ajak org jadi tak bijak mcm kau.buat nampak hina.semua tu aku kata dlm hati sebab kau mmg buta hati.takpa aku mohon kau dpt hidayah dari yg MAHA ESA.

kita,
hanya akan berubah jika kita benar2 mahukan perubahan.tiada amalan tidak bermula dgn niat.

kau pulak,
bila dah tahu yg aku mnipu konon2 sunat ni jgn kepoh2 :-p
rahsia deh.

bila enjoy,
boleh weh.boleh nak enjoy sgt.konon jiwa muda.konon kan hidup ni sekali.meh sini aku nak bgtau,kau nak enjoy ingat limit kau.semua jadah kita buat mesti ada batas.kau lupa ke kita bakal dihitung kelak.

bila kau sedih bila kau lonely..
kau nangis,kau kata kau rasa sorang,kau kata kau tak dicintai.OUH KAMON, CINTA YG ESA ADE TAPI KAU JAUHKAN.hah,mulalah kau kata aku konon bajek suci ustazah.lepas kau sorang dalam kotak yg nama kubur baru kau tahu apa aku cakap.

baik sedar awal sebelum kau terlambat.baik orang kata kau tak moden dari orang pandang kau hina selamanya.akusayangkau sebab tu aku nasihat kalau tak aku kata 'mampuskaulah'.

pakcik,bila awk kate awk syg sy,sy terkejut,mcm takle respond.tp tp tp kau tau kan aku sokmo syg kau :-p

k dah.
syg sy pada semua, syukur sy pada Ilahi.

July 27, 2011

tak, saya tak sabar (boleh tak saya nak cakap mcm ni?)

hati ni kata,
ya Allah rindunye umi, abah, aiman, aniq, ammar, anis qalis.
kalau kata ini berhikmah dan mungkin bawa pengajaran.
dah, saya dah belajar bila mereka jauh saya dah mula menghargai. sgt.
dah, saya dah belajar bila rasa sayang jangan ego tunjuk sahaja.
dah, saya belajar hidup rasa sunyi bila mereka jauh dari mata.
cukup ke kalau saya rasa mcm ni?
pernah tak anda rasa 'bagi la aku masa sejam utk ak duduk dekat dgn mereka dan rasa recharge balik?'
jujur kata, penat dah tahan rasa. penat dah tahan ni. sejam cukup. afi rindu. hanya Allah sahaja tahu.
macam dah tak tertanggung dah nih.
percayalah..bila cakap mmg mudah. tanggung dulu baru tahu.
emosi-yes, buat sy lemah. tak biasa saya cakap mcm ni. tak biasa saya luah mcm ni. entah mcm mana sy rasa takpe biar renungan untuk aku kuat akan datang.
cengeng-a'ah betul la tuh. maaf, aku tak kuat macam kau.
gambatte!!!!MALAYSIA BOLEH ;)

July 21, 2011

hey kawan,terlajak kata tak boleh undur lah.

banyak hati kena jaga bila bumi ada manusia sebab manusia tuan yang namanya hati,

aku rasa amat menyampah bila,
1. kau sahabat a'ah kau lah, datang hanya bila kau rasa kau nak kata 'aku ada jadah ni, kau ada?'. bila kau ada aku gembira, buat masa ni hati ni tak ada hasad lagi. buat masa ni hati ni nak lagi kata 'hey ni lah kawan aku'.

2. aku juga menyampah bila aku terpaksa tunjuk utk kata 'hey,bukan kau yang atas tapi Dia.' aku menyampah bila kau fikir kau pasak bumi tapi kau sebenarnya lalat yang tak bawa apa2 dan tiada apa yang mati jika tak wujud nama kau atas bumi ni. nyawa kau bakal pergi bila2, kita sama.

3. aku juga menyampah bila kau kononnya pendengar yang baik tapi hati kau penuh racun bahaya. baik kau sembur dari kau simpan sebab aku lagi selesa. tapi tapi tapi jangan, mulut kata lain tapi hati kata lain.

bila aku kata sahabat,
adalah bila kau ikhlas,
adalah bila kau juga jaga bila aku jaga kau,
bila kau sedar yang kita insan.

bila kau tanya 'afi mana kau?' : sabar,aku pi pakai hati besi.

when i said it, i meant it. otherwise i wouldn't have said it. i'm sorry if i offended anyone.

Nah bunga kalau terasa 


buat masa ini,
sayang utk semua, syukur pada Dia.

July 17, 2011

devotees-lament :)


You
You like to live
like to believe
Essence of life is fun
Want
Want to pretend
The life that you live
Has no guiding hands and you

Jumped into the monies
And never looked back
Moved away from righteousness
You want it all
And don't care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world

Try
Try to believe
The reason to live
Eternal compassion
You'll feel it deep within inside of you

Grasp
The chance to live
A new life
A new beginning
But you

Why
Do you throw life away
Don't you wanna be among
The ones who faught for the truth
When you eyes were blinded
By the false temptation in your life
Then tell me why must you

July 14, 2011

cerita ice-cream

teringat cerita satu hari,
aku jalan-jalan sambil makan ice cream dekat one shopping mall, pandang sekeliling fikir apa yang perlu utk dibeli. pusing belakang bila lupa mana kedai tu sebab lama dah tak pijak kaki kat mall tu.


DEBUUUUSH~*mcm tak sesuai je sound effect ni.


terlanggar ada abang ni,
abang tu pon 'HOI MATA LETAK MANA HA??*@##^%@, KUTIP, KUTIP BALIK, KO NI SAJA JE KAN *#%^%R$^#% F*@^ LA'

aku pon 'sorry, sorry'

abang tu 'pe barang sorry ko.bengang aku ko tannak kira ke?kutip lah!'

mata pandang sekeliling, banyak lagi mata pandang. aku kutip, bagi. abang tu blah tak cukup menyumpah siap langgar bahu.

cerita bangang ni bila aku ingat aku akan sakit hati. aku rasa nak menyumpah balik. dah cukup aku rasa aku kata sorry. tapi tak cukup bagi dia. erm..cerita lama. tapi pedih masih ada. kenapa aku kutip barang dia?..
apsal, aku flashback balik cerita ni sebab aku keluar aku terlanggar budak comel also with her icecream. she looks like my younger sister, anis qalis. kak afi tengok dia kak afi rindu awk :) bezanya dia nangis sebab ice cream dia jatuh, kak afi makan ice cream dgn dia and bezanya lagi takde awk.imy.



konklusi akhir,
bila ada yang langgar anda, berbudilah sahabat. jangan marah bagimu syurga.

anda nak??ouh same here.

itulah cerita saya dgn ice cream :) 

July 12, 2011

BILA BUNYI BERSATU

dulu hanya pandai, lihat, dengar, rasa, telan,
tidak boleh kata apa2,
nampak salah tapi sikit sahaja tahu,
kini rasa bila simpan lama,
letusannya tinggi,
bila yang tinggi kata 'aku betul',
bila rendah kata 'ini salah',
semuanya jadi begini,
bila hanya minta toleransi tapi tidak diberi,
bila hak dirantai besi tumbuh berani,
jangan hanya meratapi,
fikir mana punca api,
padamkanlah api membara,
selesaikan semua lara,
bila duka jangan tanya ia kenapa,
kerna ini rahsia MAHA DIA.

June 01, 2011

ada AKAL cuba guna.

tidak sy tak kisah pon kalu anda nak jadi ape2 pon malah sampah pon asalkan anda ni menjaga sensitiviti orang.

alahai, bila katanye anda tak kisah pon anda main ke whatever la sebelum kawin adakah anda bermaksud anda tak kisah pon anda ahli neraka???ikot pendapat sayalah,samalah la tu kiranya sebab bila buat semua tu anda dapat apa?blh sy kate dosa?ke...saya silap?kalau silap betulkan.bila dosa dan zina bersepah dibahu awak apa balasannya kelak?blh saya kata neraka? kalau silap lagi betulkan.

saya tahu dosa pahala syurga dan neraka ditangan DIA. bukan hobi saya utk menjaga tepi kain orang dan saya tahu saya bukan la baik bak bidadari. tapi berpada-padalah. INGAT MATI KAK SERTA ABANG OI. ko mampus nanti mayat busuklah, mayat beratlah, pastu payah tanamlah, ko susahkan sapa?bukan ke masyarakat sekeliling?konon lah kan,'mampus aku la dosa aku,aku tak susahkan ko,dosa pahala masing2'.kepala hotak ko lah.ko mati, ko kafan tanam diri sendirilah,ko blh buat macam tu?pastu ko pandai main,dapat anak,buang pulak kan.mmg terbaik ko susahkan orang nak pi bersih mayat anak ko.tu pon kalau anak ko dah mati kalau hidup hah pi hantar umah ank yatim,tu gune duit masyarakat pastu kerajaan besarkan anak ko. pastu ade pulak pi rumah solehah lah rumah nur lah mcm2 rumah sb dah nyesal la kononnye sb 'bermain' tanpa berfikir tibe2 ada baby dlm perut gua maA..tak susahkan org ke tu mek weh?hah,ko ni pon cakap pasal buat dosa mcm bangga dapat oscar tu pehal?tgk dek mak ayah ko,mati sakit jantung.lainlah mak ayah hang taugeh cikai macam hang.tau buat anak tak pandai didik last2 menyusahkan orang.(kata hati)


jadi konklusinye, buatlah apa ko nak buat janji ada batasannya and betul betul betul and sure confirm certain tak menyusahkan masyarakat. tak malukan yg sama agama dgn anda. fikirlah sebelum buat.

dah sakit hati tu maaflah.kan saya dah kata awal2 lagi bacalah kalau rasa nak. maaflah. betulkan sy kalau sy silap.sekadar rasa bagi saya shj.

p/s-saya rindu umi,abah,aiman,aniq,ammar,qalis.semoga sihat dan ceria selalu :)

buat masa ini dan doaku biarlah selamanya,
sayang saya pada semua, syukur saya pada Pencipta.

March 26, 2011

rasa pilu tiba

rumah dah kosong tinggal along and afiq je. adik2 umi abah dah jauh kat tanah luar malaysia. pilu pulak hati saya malam ni. cengeng tu memang aku la. rindu umi. rindu abah. rindu adik2.
mcm malas nak buat semua kerja bila rasa pilu ni tiba. bila aku balik rumah selalunye rumah ni penuh suara. ada la si kecik yg datang menyepit je. waaaaaaaaa!!! sekarang..MACAM DIAM SEMACAM. MAIN GAMES TAK BEST TANPA ANIQ. NYANYI TAK BEST TANPA AMMAR AND QALIS. GOSIP STORY MORRY TAK BEST TANPA UMI. ICECREAM TGH MALAM MCD TAK BEST TANPA ABAH. RUMAH TAK BEST TANPA AIMAN. sekarang baru beta tahu mereka ni penting dalam hidup beta. i really seriously totally extremely miss all of u.

OK DAH DAH.CUKUP CUKUP AFI NAK MERATAPI ALA2 MACAM BINI MATI LAKI.
haaaaaaaaaaa aaaaaaaaaa,saya sebenarnye tak tahu nak menulis apa ni.

aaaaaa......er.......erm.......u'huh CHING

pasal tsunami kat jepun la,
korang...sedihkan tgk semua rumah, kereta, semua2 la hanyut rosak macam tu je. kesian pon ade. meh kite bayangkan kalu kite kena musibah mcm tu(na'uzubillah).........uish, sgt sedih. tapi tapi tapi kite kena amik pengajaran. jgn duk sedih memanjang. musibah tu, bila Maha Esa nak turunkan bila2 masa sahaja. takde appointment. same goes to mati. kalau bila sampai je nyawa kita ditarik takde dah nah kate stop pause chuUP nehhi ke hape ke. kite kena bersedia. tidak saya kate saya angel tapi ape salahnye kite ingat mengingati tak gitu??
tgk korang rumah die hanyut..siannye
ehsan google
si final exam ni pulak sibuUUUK je nak menyepit nyepit datang time hati pilu and malas ni. memangla saya ni notes pon tak buat lagi, bukan saja notes saya tak buat, topik pon macam samar2 rabun jauh gitu. masalah betul ni. aish....bila masa saya nak rajin ni!! rajin musuh saya ke saya buang rajin?

oklah merepek je kerja saya tak reti nak tido.
syukur pada Pencipta, sayang utk semua.