June 26, 2010

bagi aku...

manusia,

bila ditegur jgn mudah melatah.bila dikata sampah dengar dulu penjelasannya.pokok tidak bergoyang kalau tiada angin.aku tidak kata dia salah,kamu betul atau siapa salah siapa benar.ada sebab apa yg terjadi,pandang,dengar,hayati,fikir dahulu.jgn mudah gelabah.bersikap terbuka dan pemikiran global penting tapi jangan lari dari jalan yang benar.jangan tunjuk lagak sebelum kenal dia.ramai tak bermaksud bakal menang.maaf tidak bermaksud kalah.fikir-fikirkanlah.tidak aku menyokong sesiapa kerna kecil sudut pandangan aku.tidaklah aku menuduh hanya meminta untuk buka minda.emosi dan amarah menipu kita ia bukan buat kita nampak gagah malah nampak hina.digelak kita oleh orang lain kerna rendahnya akal kita.tinggi akal tidak bermaksud dekan tetapi mencari kesalahan dan berubah.mendengar teguran.jika gagal tidak mengalah.aku tidak pula mengatakan aku tahu segala kerna aku jauh dari itu.tapi kamu tahu diri kamu lebih dari aku.aku tahu kita mampu berubah dan mengubah dunia.fikir-fikirkanlah.

cinta,
kerna cinta hilang kawan,kerna cinta hilang agama,kerna cinta merintih ibu dan ayah,kerna cinta berat timbangan bahu kiri.TIDAK bukan itu cinta yg aku mahu.bagi aku,cinta yg sebenar TIDAK indah segala dan manis segala.TIDAK aku mahu semua sempurna.cukup sekadar aku dan dia mampu melengkap segala.saling setia serta percaya,hormat-menghormati,tegur-menegur,pimpin-memimpin,merangkak bersama,berlari bersama.masih ingat yg kita HAMBA,masih ingat hidup hanya SEMENTARA.cinta bukan memiliki cukup sekadar tahu akan dia bahagia.cinta tidak pula bermaksud bertemu setiap hari cukup sekadar dilihat dari jauh.jangan sedih jika dia bukan milik kita kerna Tuhan ada rahsia tersendiri.sekali lagi aku katakan ini cinta yang aku cari.masih tercari-cari cinta insan bernama lelaki.

lagu aku hari ini,


ok dah abis blebey..
syg aku pd semua,bersyukur aku to my Creator.mmmmuaH!

2 nasihat:

Harry Watt said...

best dowh afi. :)

megat mahathir said...

kata2 pujangga :)

Post a Comment