June 01, 2011

ada AKAL cuba guna.

tidak sy tak kisah pon kalu anda nak jadi ape2 pon malah sampah pon asalkan anda ni menjaga sensitiviti orang.

alahai, bila katanye anda tak kisah pon anda main ke whatever la sebelum kawin adakah anda bermaksud anda tak kisah pon anda ahli neraka???ikot pendapat sayalah,samalah la tu kiranya sebab bila buat semua tu anda dapat apa?blh sy kate dosa?ke...saya silap?kalau silap betulkan.bila dosa dan zina bersepah dibahu awak apa balasannya kelak?blh saya kata neraka? kalau silap lagi betulkan.

saya tahu dosa pahala syurga dan neraka ditangan DIA. bukan hobi saya utk menjaga tepi kain orang dan saya tahu saya bukan la baik bak bidadari. tapi berpada-padalah. INGAT MATI KAK SERTA ABANG OI. ko mampus nanti mayat busuklah, mayat beratlah, pastu payah tanamlah, ko susahkan sapa?bukan ke masyarakat sekeliling?konon lah kan,'mampus aku la dosa aku,aku tak susahkan ko,dosa pahala masing2'.kepala hotak ko lah.ko mati, ko kafan tanam diri sendirilah,ko blh buat macam tu?pastu ko pandai main,dapat anak,buang pulak kan.mmg terbaik ko susahkan orang nak pi bersih mayat anak ko.tu pon kalau anak ko dah mati kalau hidup hah pi hantar umah ank yatim,tu gune duit masyarakat pastu kerajaan besarkan anak ko. pastu ade pulak pi rumah solehah lah rumah nur lah mcm2 rumah sb dah nyesal la kononnye sb 'bermain' tanpa berfikir tibe2 ada baby dlm perut gua maA..tak susahkan org ke tu mek weh?hah,ko ni pon cakap pasal buat dosa mcm bangga dapat oscar tu pehal?tgk dek mak ayah ko,mati sakit jantung.lainlah mak ayah hang taugeh cikai macam hang.tau buat anak tak pandai didik last2 menyusahkan orang.(kata hati)


jadi konklusinye, buatlah apa ko nak buat janji ada batasannya and betul betul betul and sure confirm certain tak menyusahkan masyarakat. tak malukan yg sama agama dgn anda. fikirlah sebelum buat.

dah sakit hati tu maaflah.kan saya dah kata awal2 lagi bacalah kalau rasa nak. maaflah. betulkan sy kalau sy silap.sekadar rasa bagi saya shj.

p/s-saya rindu umi,abah,aiman,aniq,ammar,qalis.semoga sihat dan ceria selalu :)

buat masa ini dan doaku biarlah selamanya,
sayang saya pada semua, syukur saya pada Pencipta.

March 26, 2011

rasa pilu tiba

rumah dah kosong tinggal along and afiq je. adik2 umi abah dah jauh kat tanah luar malaysia. pilu pulak hati saya malam ni. cengeng tu memang aku la. rindu umi. rindu abah. rindu adik2.
mcm malas nak buat semua kerja bila rasa pilu ni tiba. bila aku balik rumah selalunye rumah ni penuh suara. ada la si kecik yg datang menyepit je. waaaaaaaaa!!! sekarang..MACAM DIAM SEMACAM. MAIN GAMES TAK BEST TANPA ANIQ. NYANYI TAK BEST TANPA AMMAR AND QALIS. GOSIP STORY MORRY TAK BEST TANPA UMI. ICECREAM TGH MALAM MCD TAK BEST TANPA ABAH. RUMAH TAK BEST TANPA AIMAN. sekarang baru beta tahu mereka ni penting dalam hidup beta. i really seriously totally extremely miss all of u.

OK DAH DAH.CUKUP CUKUP AFI NAK MERATAPI ALA2 MACAM BINI MATI LAKI.
haaaaaaaaaaa aaaaaaaaaa,saya sebenarnye tak tahu nak menulis apa ni.

aaaaaa......er.......erm.......u'huh CHING

pasal tsunami kat jepun la,
korang...sedihkan tgk semua rumah, kereta, semua2 la hanyut rosak macam tu je. kesian pon ade. meh kite bayangkan kalu kite kena musibah mcm tu(na'uzubillah).........uish, sgt sedih. tapi tapi tapi kite kena amik pengajaran. jgn duk sedih memanjang. musibah tu, bila Maha Esa nak turunkan bila2 masa sahaja. takde appointment. same goes to mati. kalau bila sampai je nyawa kita ditarik takde dah nah kate stop pause chuUP nehhi ke hape ke. kite kena bersedia. tidak saya kate saya angel tapi ape salahnye kite ingat mengingati tak gitu??
tgk korang rumah die hanyut..siannye
ehsan google
si final exam ni pulak sibuUUUK je nak menyepit nyepit datang time hati pilu and malas ni. memangla saya ni notes pon tak buat lagi, bukan saja notes saya tak buat, topik pon macam samar2 rabun jauh gitu. masalah betul ni. aish....bila masa saya nak rajin ni!! rajin musuh saya ke saya buang rajin?

oklah merepek je kerja saya tak reti nak tido.
syukur pada Pencipta, sayang utk semua.

December 16, 2010

bila rasa itu tiba

hari ni aku rasa benci bila aku tahu aku boleh buat tapi aku taknak buat. aku tahu aku salah tapi aku tekad juga. aku kena lari jauh-jauh tapi tak cukup jauh. aku rasa bersalah tapi aku tetap kejam. benci bila aku rasa aku tersekat. bila aku rasa masa sebenarnya buat aku lelah. masa sebenarnya buat aku jadi lambat kebelakang. aku harus sgt perlu lari. aku tahu aku blh tapi aku taknak. bila taknak..sedih itu tiba. bila sedih itu tiba...aku jadi tak berguna. aku soal akan realiti.

hari ni aku rasa aku tak suka bila aku harus bermuka muka. bila ke kiri salah ke kanan juga salah. bila tiada yg pasti. bila rasa kejam itu melampau. manusia pasti boleh berubah. tapi tiada hak utk aku kata apa-apa. pandang dan membantu yg hitam. bila yg putih itu tidak pasti maka aku biarkan. jika anda rasa anda betul buat sahaja. tapi ingat yg pasti anda akan dihitung.

hari ni aku rasa gembira bila aku masih aku. aku syukur bila yg aku pegang belum pernah aku lepaskan. aku tahu aku goyah tapi aku syukur aku masih aku. jika ini untuk aku, aku rasa aku suka. syukur. ia ada hikmah. harap tiang aku kukuh utk aku kelak.

hari ni aku rasa aku byk mengarut merapu merabai mencarut tak pasal-pasal.
hari ni aku nampak ada lah beberapa mamat yg duduk makan depan meja aku. aku tahu lah aku makan byk tapi takyah lah duk gelak2 tgk2 ala2 macam tak pernah nampak orang makan banyak! tak reti nak cover ke kalu terkejut pon! haish betul ke orang melayu suka tgk org? pi ketuk hati tanya sendiri.

jgn tgk mirror 2. haruslah aku rasa ganas gila movie tu. aduh sakit habis. bayangkan bila anda gigit kaca maksud saya GIGIT BEST2 PASTU TELAN? herm perut kena toreh dalam2? aduhlahweh..sakit sero. luga tekok ambo. rapunzel tu alahai comelnye. flynn rider tu hensemnye. memang saya sewel bila saya rasa ouh..jatuh chenta dgn character cartoon tak penah wujud. itazura na kiss, saya habiskan satu hari je. saya suka. mereka comel.
alahai..hensem dan comel kan kan kan?

rasa pelik bila sebut lampu isyarat. rasa pelik bila sebut ulangkaji, rasa pelik bila sebut burger istimewa. rasa pelik bila sebut kenderaan. aku tanya mana pergi melayu itu. bila bahasa tidak dibanggakan. cari identiti anda sebelum saya kata anda sebenarnya lalang. buang segala ikut merata. bangga bila anda moden dgn budaya sana.

December 05, 2010

meh nak story morry nih..

pertama:
ala...rindu kat abah and kawan saya

kedua:
disebabkan xbox saya bodoh dan memerlukan duit dan saya pokai maka saya jiwa kacau. saya juga ada menginginkan ini melebihi makanan. ni yg dinamakan kinect ituh!kenapa ade kinect time nih!time pokai nih!

ketiga:
kehadapan si dia yg bile die baca confirm die tahu. jangan duk sedih deh. ade hikmah weh. aku tahu semua orang layak utk peluang kedua tapi bile tiada, mu kena redha. pentingkan yg penting dari yg penting kerna yg penting lebih penting dari yg penting(kuiz bahasa namanye ni). DIA ada rahsia utk hambanya. aku syg mu :)
ingat rules kite one of them no sob sob nehhi kayh.

keempat:
berjalanlah aku ala2 mak cik pi pasar beli tempe tapi masalahnye bukan pi beli tempe. sebelum aku pergi mengeteh bersama tentera2 kuh aku singgahlah kedai sebab umi suruh pi beli kuih melayu dgn keropok lekor. penat aku dgn tentera aku menunggu sambil mengutuk2 kebersihan kedai dan fikir tempat nak melepak pasni.aish, dah lah selamba taugeh je makcik2 tua dtg melintas.TAK RASA BESALAHKAH!tu satu,makcik tua melintas aku sabar lagi.eh eh lame sgt ni mau 30mins aku beratur ni. tetiba rase nak panas. nasib baik tentera ade. blh gelak jugak. okay, yg kedua yg mak cik jual tu muke kalah budak bosnia. tension nak mati. menjerit2 tak habis. masam kalah limau nipis. aku cukuplah rase tidak puas hati bile membeli pastu penjual buat muke macam lapar darah. sentap aku rase. hey, kalu dah penat, dah banyak duit dah, tutup je kedai tu ha. pi relax2 goyang kaki. kami dtg dgn happy tetibe BERTUKAR HULK.

hulk utk mak cik kedai
kelima:
petang tadi aku tengok la dongeng indonesia dekat tv3.bukan nak kutuk nak komen. bagi pendapat saya, saya malu tgk cita gitu. awat hang ingat semua bodoh piang pi letak cerita takde makna kat situ. tak bawa mesej pape. cube la letak cerita yg bak kate haha menjana minda sikit.aiseh (^-^)", penat tau tak tgk crita bodoh(kasar sikit tapi hakikat). tak habis aku tgk. sebab penat gelak tambah malu.

keenam:
result nak keluar.okay dah.bye.

syukur saya pada Pencipta, sayang saya utk semua.

p/s-bukan saya taknak tapi tak boleh. 

November 23, 2010

bila masa aku fikir pasal tajuk entri mesti aku akan amik masa 20mins.hasilnye-takde idea

hari ni aku seorang berfikir melangut bosan dikala cuti ni tak tahu nak buat ape, bile masa takda mood nak buat ape.ni yang aku dapat.

hidup ini tidak diberi indah belaka kerna baru kita kenal apa itu BELAJAR.
hidup ini tidak diberi suci belaka kerna baru kita kenal apa itu DOSA.
hidup ini tidak diberi sempurna belaka kerna baru kita kenal apa itu USAHA.
hidup ini tidak diberi bila usaha akan sempurna segala kerna baru kita kenal apa itu HIKMAH.
hidup ini tidak diberi kaya belaka kerna baru kita kenal apa itu SUSAH
hidup ini tidak diberi bila lahir tahu segala kerna baru kita kenal siapa dia KELUARGA
hidup ini tidak diberi keseorangan kerna baru kita kenal apa itu CINTA DAN KASIH SAYANG.
tapi,bila kita kenal semua ini..
kita terbang tinggi sehingga kekadang terlebih had kita
kita pandang rendah pada yg kurang sempurna
kita seolah tidak sedar ada yg TERATAS melihat kita.
kita ujub dengan yg sementara.
kita leka dengan pinjaman seketika.
kita tahu yg hidup pasti mati
kita tahu yg mati pasti dihitung
kita takut, seram, perasaan bersalah ada..
tapi kita hanya kita
masih mencari cinta DIA yg sebenarnya dekat tapi kita jauhkan.
MAAF itu yg termampu,tapi maaf tidak membantu diri.kita hanya dengan amalan kita kelak. kita seorang diri kelak memikul nama serta amalan yg belum tentu mencukupi.

muhasabah diri,kata hati utk diri sendiri ;-)

November 09, 2010

rasa hati,nasihat utk diri 2#

sebelum saya mulakan topik saya ni, saya nak mohon maaf jika ada yg terasa tapi ingat BACALAH KALAU RASA NAK. tak nak takya baca kayh?

kadang-kadang kita manusia selalu menghakimi seseorang melalui rupa paras mereka. cara pemakaian mereka. tidak, tidak saya kata itu salah. anda ada hak kan? tapi sayangku, tidak semestinya bila seorang itu hanya berjeans pasar malam serta ber T rm10 dia miskin. tidak semestinya bila dia memakai cermin mata serta berbaju kemeja dia bijak. dan tidak semestinya jika si lelaki berseluar pendek dan si perempuan tidak bertudung, dia dasyat. yes, saya tahu menutup aurat itu WAJIB saya TAHU! tidak saya kata ada toleransi utk itu kerna ISLAM menyeru kita menutup aurat, akan tetapi jika kita yg dah menutup aurat itu mengata-ngata org lain, memandang rendah mereka yg masih tidak mendapat hidayah LAYAKKAH ANDA?BAIK SGT DAH KE AWAK TU? ouh, kira anda dah syurga sgt dah ke? saya benci bila ada yg melabelkan melayu suka jaga tepi kain orang. benarkah kita begitu? cermin diri kita. tiada angin masakan pokok bergoyang. semuanya ada sebab.(nasihat utk diri juga)
amik cermin ni pi cermin diri kita tu molek ke tak!
ehsang google
lagi satu..saya tahu bila kita kata kita manusia kita tidak pernah sempurna. tapi tapi tapi ingat jangan jadikan itu alasan kita setiap kali buat salah. MAAFLAH SAYA MANUSIA, TIDAK MAMPU UTK SEMPURNA, SENTIASA BUAT SILAP. u know what? i tell you what kayh BULLSHIT! tidak saya kata saya bijak lagi sempurna lagi baik bak bidadari syurgawi weh! sekali anda kata silap anda sebab anda manusia bagi saya yes saya terima alasan anda.2kali-okay takpa aku pandang menda ni sebelah mata, kali ke 3-agak2 la kan. saya tak suka bila byk sgt alasan. buat salah sikit MAAF SAYA MANUSIA. habis tu aku ni tak lah??aku mampu buat apsal plak ko tak mampu ha? lembik nak mati. perang baru nak mula ko dah rasa nak mati kan?(maaf saya dah mula beraku engkau dah). BUAT DULU, HASIL BELAKANG KIRA BRO!! bila anda dah berusaha sekuat hati dan tiba2 hasilnya tidak seperti yg anda jangka satu ayat utk anda semuanya berhikmah.
tgk mak cik blh buat, kenape ko takle?
ehsang google.

CINTA...
jika anda cinta, ada keikhlasan, ada usaha, ada berkat ingatlah bahawa segalanya akan selesai. biar apa mereka nak kata cinta tidak seperti suis. tidak mampu utk ditutup bila perlu dan dibuka bila mahu. saya gunakan ayat TERJATUH cinta dalam hal suis ni. bila anda cinta dan anda ikhlas datanglah dinosaur sebesar alam pun. datanglah masalah bergunung ganang ada nya usaha pasti selesai. PENCIPTA anda sayangkan anda sebab itu dia uji anda. ada hikmah dan ada pahala ingin dihulur. dan ingatlah bila seseorang itu mula terjatuh cinta dgn anda, hargai dia. jika ada yg terjatuh cinta dgn anda tetapi cinta anda bukan utk dia. cuba beritahu secara berhemah, bukan senang-senang ko pi sembur EYH SAYA TAK SUKA AWAK LAH, SERABUT LA AWK, MAIN JAUH2, MENYAMPAH! (aish, ni saya benci, ko hengat ko hensem lagi lawa sgt kah?). ingatlah bukan mudah utk lupai cinta. bukan mudah utk buang rasa cinta. bila cinta cuba setia. be good, be great, be extraordinary together K? 

=^.^=
ehsang google

siap dah leteran afi asri hari ni.
bersyukur saya pada DIA, sayang saya pada semua.
senyum itu perlu.

October 17, 2010

bagi aku...3#

setelah yes 20tahun aku hidup..tidak la aku kate aku tahu semua.mendengar masalah pernah aku buat.mendengar cerita tangisan malah rintihan juga aku pernah buat.kesian yes memang kesian.

tapi ape boleh saya buat.saya tak dapat bantu awak kalu awak tak bantu diri awk.maafkan saya.andai saya superhero..yes..sure..absolutely..i will help you.try to help yourself first.

tidak saya pandai dalam masalah pasangan-pasangan ni.nasihat saya..
1.hormati pasangan anda please.jangan menipu.jujur tu perlu.katakan sahaja anda ada chemistry dengan orang lain.jangan nak pusing-pusing belit-belit oh tolong jangan.jangan menipu bila hati dah tawar.tidak selalu dia berada diatas.kita bertemu dgn orang lain yg kadang-kadang lebih baik dari pasangan kita.yes.tapi tapi tapi ingat dia bersama anda bila suka senang ketawa menangis.ubah bersama jangan memaksa.tidak semesti orang baru tu mampu melayan anda lebih baik dari pasangan anda.

2.cemburu.iye...kite perlu mesti wajib ada cemburu.cemburu tanda sayang.betul saya setuju.tapi tapi tapi ingatlah jangan melampau sayangku.pasangan anda ada sahabat, kawan, kenalan lama, kenalan baru. jangan duduk main merajuk tak pasal-pasal pastu pasangan anda tak tahu kenapa anda merajuk.bila ditanya anda kata oh,faham-fahamlah. kepala hotak awak, orang mana boleh baca hati awak.pasangan anda tak tahu segala pasal lubang lubang celah celah jalan jalan dalam hati awak.bagitau kenapa anda merajuk.ataupun tanya dulu siapa dia, kenapa awak rapat dengan dia.kan senang tak payah nak perang kena sedia bomb bagai.

3.betul kadang-kadang kite tak suka penampilan perangai pasangan kita, kadang-kadang setelah sekian lama penat melayan. adakan satu hari dalam setahun meluahkannya. jika tidak mampu depan2, buatlah dalam surat ke dalam daun ke atas tanah ke email ke dalam mesej ke.alah..anda kenal pasangan anda buatlah macam mana pon janji anda luah apa yang anda rasa menyampah,geli,gedik sgt pasal dia. tapi ingat jangan main sembur ala2 pasangan anda tu hati die keras macam tembok cina. gunakan bahasa yang jelas,ringkas,belapik sikit.yea,kite manusia bukan blh 100% suka seseorang tu.berhemahlah semasa menegur.

4.ni memang masalah.si dara tak reti-reti pakwe takde duit.tak habis-habis nak suruh belanja itu ini. setiap kali keluar kena belanja makan. oh belanja makan taknak tempat cikai-cikai nak baskin, victoria station, secret recipe.tak lepas makan, siap suruh top up and bayar bil. memanglah pakwe korang tu malam-malam cop duit untuk korang. kadang-kadang sebab apa banyak je helah dia buat masa korang ajak die keluar sebab die takde duit. yang si lelaki tu jangan la ajar makwe anda manja sangat. nak itu ini dibeli nanti bile kawin takde duit pasangan anda tak blh terima. tak semua kita blh sempurnakan untuk dia. anda bukan superhero. cuba share bila makan tak ke lagi romantik. takpon si dara agak-agak beragak la cakap je saya takmo awk belanja today takpon saya belanja awk kalu dah si teruna degil sangat cakap je dah takde duit tu bagi je lah orang belanja. hah,yg si teruna tak payah nak ego sangat terima je lah nanti nikah korang amik gak duit gaji bini kalau dah terdesak.ajar berkongsi dari awal kan lebih baik.

5. bila cinta tunjuklah dari gaya cara pergerakan pandangan anda yea anda betul-betul cinta dia. jaga dia. bawa dia kearah lebih baik. nasihat dia. bimbingnya. perlahan-lahan. hormati dia itu perlu.

tak semua saya fikir ni benar sekadar rasa bagi aku.
okay...penat dah blebey..
lagu saya malam ni

syukur saya pada Ilahi, sayang saya pada semua.