July 21, 2011

hey kawan,terlajak kata tak boleh undur lah.

banyak hati kena jaga bila bumi ada manusia sebab manusia tuan yang namanya hati,

aku rasa amat menyampah bila,
1. kau sahabat a'ah kau lah, datang hanya bila kau rasa kau nak kata 'aku ada jadah ni, kau ada?'. bila kau ada aku gembira, buat masa ni hati ni tak ada hasad lagi. buat masa ni hati ni nak lagi kata 'hey ni lah kawan aku'.

2. aku juga menyampah bila aku terpaksa tunjuk utk kata 'hey,bukan kau yang atas tapi Dia.' aku menyampah bila kau fikir kau pasak bumi tapi kau sebenarnya lalat yang tak bawa apa2 dan tiada apa yang mati jika tak wujud nama kau atas bumi ni. nyawa kau bakal pergi bila2, kita sama.

3. aku juga menyampah bila kau kononnya pendengar yang baik tapi hati kau penuh racun bahaya. baik kau sembur dari kau simpan sebab aku lagi selesa. tapi tapi tapi jangan, mulut kata lain tapi hati kata lain.

bila aku kata sahabat,
adalah bila kau ikhlas,
adalah bila kau juga jaga bila aku jaga kau,
bila kau sedar yang kita insan.

bila kau tanya 'afi mana kau?' : sabar,aku pi pakai hati besi.

when i said it, i meant it. otherwise i wouldn't have said it. i'm sorry if i offended anyone.

Nah bunga kalau terasa 


buat masa ini,
sayang utk semua, syukur pada Dia.

July 17, 2011

devotees-lament :)


You
You like to live
like to believe
Essence of life is fun
Want
Want to pretend
The life that you live
Has no guiding hands and you

Jumped into the monies
And never looked back
Moved away from righteousness
You want it all
And don't care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world

Try
Try to believe
The reason to live
Eternal compassion
You'll feel it deep within inside of you

Grasp
The chance to live
A new life
A new beginning
But you

Why
Do you throw life away
Don't you wanna be among
The ones who faught for the truth
When you eyes were blinded
By the false temptation in your life
Then tell me why must you

July 14, 2011

cerita ice-cream

teringat cerita satu hari,
aku jalan-jalan sambil makan ice cream dekat one shopping mall, pandang sekeliling fikir apa yang perlu utk dibeli. pusing belakang bila lupa mana kedai tu sebab lama dah tak pijak kaki kat mall tu.


DEBUUUUSH~*mcm tak sesuai je sound effect ni.


terlanggar ada abang ni,
abang tu pon 'HOI MATA LETAK MANA HA??*@##^%@, KUTIP, KUTIP BALIK, KO NI SAJA JE KAN *#%^%R$^#% F*@^ LA'

aku pon 'sorry, sorry'

abang tu 'pe barang sorry ko.bengang aku ko tannak kira ke?kutip lah!'

mata pandang sekeliling, banyak lagi mata pandang. aku kutip, bagi. abang tu blah tak cukup menyumpah siap langgar bahu.

cerita bangang ni bila aku ingat aku akan sakit hati. aku rasa nak menyumpah balik. dah cukup aku rasa aku kata sorry. tapi tak cukup bagi dia. erm..cerita lama. tapi pedih masih ada. kenapa aku kutip barang dia?..
apsal, aku flashback balik cerita ni sebab aku keluar aku terlanggar budak comel also with her icecream. she looks like my younger sister, anis qalis. kak afi tengok dia kak afi rindu awk :) bezanya dia nangis sebab ice cream dia jatuh, kak afi makan ice cream dgn dia and bezanya lagi takde awk.imy.



konklusi akhir,
bila ada yang langgar anda, berbudilah sahabat. jangan marah bagimu syurga.

anda nak??ouh same here.

itulah cerita saya dgn ice cream :) 

July 12, 2011

BILA BUNYI BERSATU

dulu hanya pandai, lihat, dengar, rasa, telan,
tidak boleh kata apa2,
nampak salah tapi sikit sahaja tahu,
kini rasa bila simpan lama,
letusannya tinggi,
bila yang tinggi kata 'aku betul',
bila rendah kata 'ini salah',
semuanya jadi begini,
bila hanya minta toleransi tapi tidak diberi,
bila hak dirantai besi tumbuh berani,
jangan hanya meratapi,
fikir mana punca api,
padamkanlah api membara,
selesaikan semua lara,
bila duka jangan tanya ia kenapa,
kerna ini rahsia MAHA DIA.

June 01, 2011

ada AKAL cuba guna.

tidak sy tak kisah pon kalu anda nak jadi ape2 pon malah sampah pon asalkan anda ni menjaga sensitiviti orang.

alahai, bila katanye anda tak kisah pon anda main ke whatever la sebelum kawin adakah anda bermaksud anda tak kisah pon anda ahli neraka???ikot pendapat sayalah,samalah la tu kiranya sebab bila buat semua tu anda dapat apa?blh sy kate dosa?ke...saya silap?kalau silap betulkan.bila dosa dan zina bersepah dibahu awak apa balasannya kelak?blh saya kata neraka? kalau silap lagi betulkan.

saya tahu dosa pahala syurga dan neraka ditangan DIA. bukan hobi saya utk menjaga tepi kain orang dan saya tahu saya bukan la baik bak bidadari. tapi berpada-padalah. INGAT MATI KAK SERTA ABANG OI. ko mampus nanti mayat busuklah, mayat beratlah, pastu payah tanamlah, ko susahkan sapa?bukan ke masyarakat sekeliling?konon lah kan,'mampus aku la dosa aku,aku tak susahkan ko,dosa pahala masing2'.kepala hotak ko lah.ko mati, ko kafan tanam diri sendirilah,ko blh buat macam tu?pastu ko pandai main,dapat anak,buang pulak kan.mmg terbaik ko susahkan orang nak pi bersih mayat anak ko.tu pon kalau anak ko dah mati kalau hidup hah pi hantar umah ank yatim,tu gune duit masyarakat pastu kerajaan besarkan anak ko. pastu ade pulak pi rumah solehah lah rumah nur lah mcm2 rumah sb dah nyesal la kononnye sb 'bermain' tanpa berfikir tibe2 ada baby dlm perut gua maA..tak susahkan org ke tu mek weh?hah,ko ni pon cakap pasal buat dosa mcm bangga dapat oscar tu pehal?tgk dek mak ayah ko,mati sakit jantung.lainlah mak ayah hang taugeh cikai macam hang.tau buat anak tak pandai didik last2 menyusahkan orang.(kata hati)


jadi konklusinye, buatlah apa ko nak buat janji ada batasannya and betul betul betul and sure confirm certain tak menyusahkan masyarakat. tak malukan yg sama agama dgn anda. fikirlah sebelum buat.

dah sakit hati tu maaflah.kan saya dah kata awal2 lagi bacalah kalau rasa nak. maaflah. betulkan sy kalau sy silap.sekadar rasa bagi saya shj.

p/s-saya rindu umi,abah,aiman,aniq,ammar,qalis.semoga sihat dan ceria selalu :)

buat masa ini dan doaku biarlah selamanya,
sayang saya pada semua, syukur saya pada Pencipta.

March 26, 2011

rasa pilu tiba

rumah dah kosong tinggal along and afiq je. adik2 umi abah dah jauh kat tanah luar malaysia. pilu pulak hati saya malam ni. cengeng tu memang aku la. rindu umi. rindu abah. rindu adik2.
mcm malas nak buat semua kerja bila rasa pilu ni tiba. bila aku balik rumah selalunye rumah ni penuh suara. ada la si kecik yg datang menyepit je. waaaaaaaaa!!! sekarang..MACAM DIAM SEMACAM. MAIN GAMES TAK BEST TANPA ANIQ. NYANYI TAK BEST TANPA AMMAR AND QALIS. GOSIP STORY MORRY TAK BEST TANPA UMI. ICECREAM TGH MALAM MCD TAK BEST TANPA ABAH. RUMAH TAK BEST TANPA AIMAN. sekarang baru beta tahu mereka ni penting dalam hidup beta. i really seriously totally extremely miss all of u.

OK DAH DAH.CUKUP CUKUP AFI NAK MERATAPI ALA2 MACAM BINI MATI LAKI.
haaaaaaaaaaa aaaaaaaaaa,saya sebenarnye tak tahu nak menulis apa ni.

aaaaaa......er.......erm.......u'huh CHING

pasal tsunami kat jepun la,
korang...sedihkan tgk semua rumah, kereta, semua2 la hanyut rosak macam tu je. kesian pon ade. meh kite bayangkan kalu kite kena musibah mcm tu(na'uzubillah).........uish, sgt sedih. tapi tapi tapi kite kena amik pengajaran. jgn duk sedih memanjang. musibah tu, bila Maha Esa nak turunkan bila2 masa sahaja. takde appointment. same goes to mati. kalau bila sampai je nyawa kita ditarik takde dah nah kate stop pause chuUP nehhi ke hape ke. kite kena bersedia. tidak saya kate saya angel tapi ape salahnye kite ingat mengingati tak gitu??
tgk korang rumah die hanyut..siannye
ehsan google
si final exam ni pulak sibuUUUK je nak menyepit nyepit datang time hati pilu and malas ni. memangla saya ni notes pon tak buat lagi, bukan saja notes saya tak buat, topik pon macam samar2 rabun jauh gitu. masalah betul ni. aish....bila masa saya nak rajin ni!! rajin musuh saya ke saya buang rajin?

oklah merepek je kerja saya tak reti nak tido.
syukur pada Pencipta, sayang utk semua.

December 16, 2010

bila rasa itu tiba

hari ni aku rasa benci bila aku tahu aku boleh buat tapi aku taknak buat. aku tahu aku salah tapi aku tekad juga. aku kena lari jauh-jauh tapi tak cukup jauh. aku rasa bersalah tapi aku tetap kejam. benci bila aku rasa aku tersekat. bila aku rasa masa sebenarnya buat aku lelah. masa sebenarnya buat aku jadi lambat kebelakang. aku harus sgt perlu lari. aku tahu aku blh tapi aku taknak. bila taknak..sedih itu tiba. bila sedih itu tiba...aku jadi tak berguna. aku soal akan realiti.

hari ni aku rasa aku tak suka bila aku harus bermuka muka. bila ke kiri salah ke kanan juga salah. bila tiada yg pasti. bila rasa kejam itu melampau. manusia pasti boleh berubah. tapi tiada hak utk aku kata apa-apa. pandang dan membantu yg hitam. bila yg putih itu tidak pasti maka aku biarkan. jika anda rasa anda betul buat sahaja. tapi ingat yg pasti anda akan dihitung.

hari ni aku rasa gembira bila aku masih aku. aku syukur bila yg aku pegang belum pernah aku lepaskan. aku tahu aku goyah tapi aku syukur aku masih aku. jika ini untuk aku, aku rasa aku suka. syukur. ia ada hikmah. harap tiang aku kukuh utk aku kelak.

hari ni aku rasa aku byk mengarut merapu merabai mencarut tak pasal-pasal.
hari ni aku nampak ada lah beberapa mamat yg duduk makan depan meja aku. aku tahu lah aku makan byk tapi takyah lah duk gelak2 tgk2 ala2 macam tak pernah nampak orang makan banyak! tak reti nak cover ke kalu terkejut pon! haish betul ke orang melayu suka tgk org? pi ketuk hati tanya sendiri.

jgn tgk mirror 2. haruslah aku rasa ganas gila movie tu. aduh sakit habis. bayangkan bila anda gigit kaca maksud saya GIGIT BEST2 PASTU TELAN? herm perut kena toreh dalam2? aduhlahweh..sakit sero. luga tekok ambo. rapunzel tu alahai comelnye. flynn rider tu hensemnye. memang saya sewel bila saya rasa ouh..jatuh chenta dgn character cartoon tak penah wujud. itazura na kiss, saya habiskan satu hari je. saya suka. mereka comel.
alahai..hensem dan comel kan kan kan?

rasa pelik bila sebut lampu isyarat. rasa pelik bila sebut ulangkaji, rasa pelik bila sebut burger istimewa. rasa pelik bila sebut kenderaan. aku tanya mana pergi melayu itu. bila bahasa tidak dibanggakan. cari identiti anda sebelum saya kata anda sebenarnya lalang. buang segala ikut merata. bangga bila anda moden dgn budaya sana.