November 09, 2010

rasa hati,nasihat utk diri 2#

sebelum saya mulakan topik saya ni, saya nak mohon maaf jika ada yg terasa tapi ingat BACALAH KALAU RASA NAK. tak nak takya baca kayh?

kadang-kadang kita manusia selalu menghakimi seseorang melalui rupa paras mereka. cara pemakaian mereka. tidak, tidak saya kata itu salah. anda ada hak kan? tapi sayangku, tidak semestinya bila seorang itu hanya berjeans pasar malam serta ber T rm10 dia miskin. tidak semestinya bila dia memakai cermin mata serta berbaju kemeja dia bijak. dan tidak semestinya jika si lelaki berseluar pendek dan si perempuan tidak bertudung, dia dasyat. yes, saya tahu menutup aurat itu WAJIB saya TAHU! tidak saya kata ada toleransi utk itu kerna ISLAM menyeru kita menutup aurat, akan tetapi jika kita yg dah menutup aurat itu mengata-ngata org lain, memandang rendah mereka yg masih tidak mendapat hidayah LAYAKKAH ANDA?BAIK SGT DAH KE AWAK TU? ouh, kira anda dah syurga sgt dah ke? saya benci bila ada yg melabelkan melayu suka jaga tepi kain orang. benarkah kita begitu? cermin diri kita. tiada angin masakan pokok bergoyang. semuanya ada sebab.(nasihat utk diri juga)
amik cermin ni pi cermin diri kita tu molek ke tak!
ehsang google
lagi satu..saya tahu bila kita kata kita manusia kita tidak pernah sempurna. tapi tapi tapi ingat jangan jadikan itu alasan kita setiap kali buat salah. MAAFLAH SAYA MANUSIA, TIDAK MAMPU UTK SEMPURNA, SENTIASA BUAT SILAP. u know what? i tell you what kayh BULLSHIT! tidak saya kata saya bijak lagi sempurna lagi baik bak bidadari syurgawi weh! sekali anda kata silap anda sebab anda manusia bagi saya yes saya terima alasan anda.2kali-okay takpa aku pandang menda ni sebelah mata, kali ke 3-agak2 la kan. saya tak suka bila byk sgt alasan. buat salah sikit MAAF SAYA MANUSIA. habis tu aku ni tak lah??aku mampu buat apsal plak ko tak mampu ha? lembik nak mati. perang baru nak mula ko dah rasa nak mati kan?(maaf saya dah mula beraku engkau dah). BUAT DULU, HASIL BELAKANG KIRA BRO!! bila anda dah berusaha sekuat hati dan tiba2 hasilnya tidak seperti yg anda jangka satu ayat utk anda semuanya berhikmah.
tgk mak cik blh buat, kenape ko takle?
ehsang google.

CINTA...
jika anda cinta, ada keikhlasan, ada usaha, ada berkat ingatlah bahawa segalanya akan selesai. biar apa mereka nak kata cinta tidak seperti suis. tidak mampu utk ditutup bila perlu dan dibuka bila mahu. saya gunakan ayat TERJATUH cinta dalam hal suis ni. bila anda cinta dan anda ikhlas datanglah dinosaur sebesar alam pun. datanglah masalah bergunung ganang ada nya usaha pasti selesai. PENCIPTA anda sayangkan anda sebab itu dia uji anda. ada hikmah dan ada pahala ingin dihulur. dan ingatlah bila seseorang itu mula terjatuh cinta dgn anda, hargai dia. jika ada yg terjatuh cinta dgn anda tetapi cinta anda bukan utk dia. cuba beritahu secara berhemah, bukan senang-senang ko pi sembur EYH SAYA TAK SUKA AWAK LAH, SERABUT LA AWK, MAIN JAUH2, MENYAMPAH! (aish, ni saya benci, ko hengat ko hensem lagi lawa sgt kah?). ingatlah bukan mudah utk lupai cinta. bukan mudah utk buang rasa cinta. bila cinta cuba setia. be good, be great, be extraordinary together K? 

=^.^=
ehsang google

siap dah leteran afi asri hari ni.
bersyukur saya pada DIA, sayang saya pada semua.
senyum itu perlu.

October 17, 2010

bagi aku...3#

setelah yes 20tahun aku hidup..tidak la aku kate aku tahu semua.mendengar masalah pernah aku buat.mendengar cerita tangisan malah rintihan juga aku pernah buat.kesian yes memang kesian.

tapi ape boleh saya buat.saya tak dapat bantu awak kalu awak tak bantu diri awk.maafkan saya.andai saya superhero..yes..sure..absolutely..i will help you.try to help yourself first.

tidak saya pandai dalam masalah pasangan-pasangan ni.nasihat saya..
1.hormati pasangan anda please.jangan menipu.jujur tu perlu.katakan sahaja anda ada chemistry dengan orang lain.jangan nak pusing-pusing belit-belit oh tolong jangan.jangan menipu bila hati dah tawar.tidak selalu dia berada diatas.kita bertemu dgn orang lain yg kadang-kadang lebih baik dari pasangan kita.yes.tapi tapi tapi ingat dia bersama anda bila suka senang ketawa menangis.ubah bersama jangan memaksa.tidak semesti orang baru tu mampu melayan anda lebih baik dari pasangan anda.

2.cemburu.iye...kite perlu mesti wajib ada cemburu.cemburu tanda sayang.betul saya setuju.tapi tapi tapi ingatlah jangan melampau sayangku.pasangan anda ada sahabat, kawan, kenalan lama, kenalan baru. jangan duduk main merajuk tak pasal-pasal pastu pasangan anda tak tahu kenapa anda merajuk.bila ditanya anda kata oh,faham-fahamlah. kepala hotak awak, orang mana boleh baca hati awak.pasangan anda tak tahu segala pasal lubang lubang celah celah jalan jalan dalam hati awak.bagitau kenapa anda merajuk.ataupun tanya dulu siapa dia, kenapa awak rapat dengan dia.kan senang tak payah nak perang kena sedia bomb bagai.

3.betul kadang-kadang kite tak suka penampilan perangai pasangan kita, kadang-kadang setelah sekian lama penat melayan. adakan satu hari dalam setahun meluahkannya. jika tidak mampu depan2, buatlah dalam surat ke dalam daun ke atas tanah ke email ke dalam mesej ke.alah..anda kenal pasangan anda buatlah macam mana pon janji anda luah apa yang anda rasa menyampah,geli,gedik sgt pasal dia. tapi ingat jangan main sembur ala2 pasangan anda tu hati die keras macam tembok cina. gunakan bahasa yang jelas,ringkas,belapik sikit.yea,kite manusia bukan blh 100% suka seseorang tu.berhemahlah semasa menegur.

4.ni memang masalah.si dara tak reti-reti pakwe takde duit.tak habis-habis nak suruh belanja itu ini. setiap kali keluar kena belanja makan. oh belanja makan taknak tempat cikai-cikai nak baskin, victoria station, secret recipe.tak lepas makan, siap suruh top up and bayar bil. memanglah pakwe korang tu malam-malam cop duit untuk korang. kadang-kadang sebab apa banyak je helah dia buat masa korang ajak die keluar sebab die takde duit. yang si lelaki tu jangan la ajar makwe anda manja sangat. nak itu ini dibeli nanti bile kawin takde duit pasangan anda tak blh terima. tak semua kita blh sempurnakan untuk dia. anda bukan superhero. cuba share bila makan tak ke lagi romantik. takpon si dara agak-agak beragak la cakap je saya takmo awk belanja today takpon saya belanja awk kalu dah si teruna degil sangat cakap je dah takde duit tu bagi je lah orang belanja. hah,yg si teruna tak payah nak ego sangat terima je lah nanti nikah korang amik gak duit gaji bini kalau dah terdesak.ajar berkongsi dari awal kan lebih baik.

5. bila cinta tunjuklah dari gaya cara pergerakan pandangan anda yea anda betul-betul cinta dia. jaga dia. bawa dia kearah lebih baik. nasihat dia. bimbingnya. perlahan-lahan. hormati dia itu perlu.

tak semua saya fikir ni benar sekadar rasa bagi aku.
okay...penat dah blebey..
lagu saya malam ni

syukur saya pada Ilahi, sayang saya pada semua.

October 15, 2010

terus melangkah :-)

melangkah afiqah asri ke umur setahun lebih tua :)

terima kasih,syukran,arigato,10q kepada semua yg ingat hari lahir aku.jujur katakan,aku terharu.
terkilan sikit sebab umi lambat sikit ucap hari jadi dekat afi.sob sob..

apa yg saya patut buat??
pertama-saya mesti!.....herm.....aaaaa.......er.......
okay nampak sangat aku ni takde matlamat hidup!HOI AFI PI CARI MATLAMAT HIDUP KO CEPAT!
sebenarnye..
aku seorang yg tak plan sangat hidup aku ni.tak organize sangat.tak ambitious sangat.tak sangat sangat lah.hangat hangat tahik ayam.aku jenis suka ikut arus.satu kelemahan.perlu ubah ke tak?

apa yang aku belajar selama ini,
yg ESA begitu sayang pada hambanya.diberi aku kesihatan,peluang,harapan malah udara untuk aku bernafas merasa nikmat dunia, merasa cinta DIA.ALHAMDULILLAH.
bukan mudah untuk melahirkan dan membesarkan seorang anak.terima kasih umi dan abah.cinta afi tinggi sangat untuk umi dan abah biarpon afi ni pendek :)
bukan semua orang dapat adik beradik yg coolest macam aku, terima kasih utk along,ila,afiq,aiman,aniq,ammar,anis.SAYANG JUGAK AKU KAT KORANG!
bukan mudah untuk mendapat sahabat yang ikhlas...terima kasih tak terkira untuk korang.
adanya anda melengkap hidup AFIQAH ASRI!

kata penutup:
bukan aku sempurna untuk semua.bukan aku punya harta selautan.bukan aku baik bak bidadari.bukan aku sabar bak Nabi.bukan aku indah bak lukisan Ilahi.tapi aku ada sayang untuk diberi kepada semua.terimalah aku seadanya sedangkan aku tidak punya apa-apa.andai ada khilaf dari aku,maaf aku pinta.senyum itu perlu :-)

WITH LOVE...
afiqah asri


October 10, 2010

kata hati hari ini

hari ini masih ada,
untuk kita rasa cinta ILAHI,
untuk beri cinta dihati,
untuk luah rasa benci,
untuk rasa diri hina,
untuk taubat sebelum mati,
untuk buka pintu hati.

jangan malu kata rindu,
jangan segan kata cinta,
jangan marah bila benci.
jangan sekat rasa hati.

hati anda,lidah anda,diri anda gunakan sepenuh hati
KERNA ESOK BELUM TENTU MENANTI SEPERTI HARI INI.



*hati saya kata saya sayang semua.rindu abah umi.syukur pada yg ESA :)
CHAIYOK!!!~


September 07, 2010

banyak cerita,banyak ragam,banyak jiwa.

yeay...saya balik ke rumah semula.seronok ye saya.banyak cerita gembira, sedih, duka, lara tak sanggup nak cerita pon ade.teruskan lah dgn cerita-cerita kita kawan-kawan comel dan hensem sekalian..(tak payah nak kembang lah,aku tak ikhlas puji)

cerita pertama-
haha,tgk saya dah update nih.awk tanye saya kan?hehehe...
found my piece of mind.

cerita kedua-
yang lepas biarkan berlepas,yang terbang biarkan terbang,yang lari biarlah berjauhan.cerita sudah jgn ditanya.dah tiada apa-apa.jangan tanya saya kenapa,bagaimana,okay kah.hidup mesti senyum.sakit hati,benci,bertubi tubi soalan ditanya tapi jawapannya takdir.ade hikmah kan?NOKTAH BESAR UTK CERITA NI.

cerita ketiga-
rumit tapi masih saya tau mane tempat saya.rindu dia tapi dah bukan milik saya.bak kate sahabat, mungkin teman dikala sunyi sahaja.tiada harapan utk kamu kerna kamu bukan utk aku.mungkin casanova itu dia.go with the flow~
satu lagi sahabat kate-afi terbanglah tapi jangan tinggi kerna bila jatuh sakit.
satu lagi kate-selagi kamu ada dia,kamu bukan utk aku.
AKU SENYUM DAN TERIMA.

cerita keempat-
malas tahap dewa langit ke 7 dah aku nih.kelas selalu ponteng,buku tak terbuka.rasa bersalah tu ada tapi nafsu tewaskan segala.haruslah aku berusaha lebih sikit cuti ni and buka cuti nanti.nak sejarah berulang?haruslah TIDAK!

cerita kelima-
rindu sahabatku.rindu semua.rasa nak bawa semua kesayanganku disisiku sepanjang masa.
qalis dah besar.banyak songeh.bb amar mungkin kena pegi check mata sebab games.aiman semakin lincah.aniq da kurus sikit puasa ni.yang lain masih cinta hati saya.raya ke7..abah dah nak ke saudi.herm,sedih pula rasa.bagaimana nak tgk muka umi nanti?umi mesti sedih,sunyi.tapi umi selalu kata UMI MESTI KUAT.jadi,aku juga mesti.

cerita keenam-
bertemu lagi saya dgn ramadhan dan insyaAllah aidilfitri ni.ALHAMDULILLAH.
harapnya indah-indah belaka.

ni je kot cerita-cerita bosan hidup saya.banyak tersirat,banyak makna.DIA aturkan segala.
ice cream-teman baik saya sekarang ni.kurus-oh,bukan misi utama dah.

syukur saya pada Pencipta, sayang saya pada semua.

July 11, 2010

bagi aku...2#

hehehehehhehehehehehehehhehehehehehehehehhehehehehehehehehe...............
hoi banyak sangat aku dgr masalah si dara dan si teruna lately nih...


bagi aku...
ade 2jenis manusia dalam dunia nih.

1.jenis yang berani
aku katakan die berani kerana die berani menunjukkan rase sayang,cinta,sume mende meleleh dekat orang die suka termasuk la disemua khalayak ramai.cool la wanita ni.bila suka katakan saja,wat hapa nak sorok2 nye tak kemana!dah suka nak sorok2 ouh! memang menipu diri sendiri.tapi bila wanita sebegini berani menunjuk rasa suka,si lelaki kata menggedik gatai plak..dikutuk bagai.memang kesian la kaum hawa ni serba tak kena.nak tunggu si teruna ambil step awal memang payah la kan sebab pemalu semacam ke.........hm?!
tak gedikla.....khadijah melamar Muhammad.

2.jenis yang menyorok
ni memang kesian.ni memang sedih ni.bukan die tak suka,bukan die jual mahal tapi entah malu ke hapa.
si teruna plak lembab ke hapa puas si wanita bagi signal i like u tapi dibuat derk je kan?WOI teruna ko nak suh wat hapa lagi ye?dah minah tu pemalu,ko jelah amik step ni terhegeh-hegeh,terjeling-terjeling,teleng-teleng,mesej-mesej....nak main tarik tali ke???boleh nak main tarik tali tapi takle lame2 nanti putus tali kamu jugak merana.si teruna pon....cube alert sikit dgn perubahan wanita sekeliling anda,dah wanita tu yang dulunya blh buat eyes contact dgn anda time tgh borak pastu tetiba plak malu2 kucing siam...HA,iye la tu signal i like u KOT.




anda jenis yang mana??1 atau 2??
bile suka iyakan saja,bila tidak katakan TAK NAK.
sekadar rasa BAGI AKU.


sayang aku pada semua.syukur aku pada Pencipta dunia.mmmmuAH :-)


July 08, 2010

rasanya masih sempurna

hm...
kelas dah start.letih mungkin tapi taklah sangat(yep,berbelit dah)
hari ni HANGIT sangat sebab pegi kelas malam2 tapi lecturer takde!nasib baik ade mr.afham and mami taklah takut sgt kat cempaka sorang2,bila naik bus balik baiduri nasib ade mr.afham kalu tak sorangla beta(seram,kosong,berfikir plak kls akan dtg bagaimana ye)
kelas okay je takde yang special,rindu saya dekat rafinie and moon=)
takde apa nak cerita.
harapan yang terbaik utk semua.
rindu di hati melangit tinggi.hm....tak yah lah cerita nanti ade plak kate afi manja kan??yes,memang saya manja!kenapa?!cinta saya untuk mereka,wajar saya rindu mereka.RINDU BETUL!rindu mr.burger,qalis dgn lagu tango2,afiq dgn nyanyiannye,aniq dgn bola petangnye,ammar dgn makanannye,ila dgn handsetnye,aiman dgn cerewetnye,along dengan fifanya,umi dan abah segalanya!herm...........tak blh tulis panjang2.enoughla pasal rindu ni.afi tak kuat nak tulis panjang2 sebab memang nanti berkajang2.yea2,saya manja.masih manusia maaflah.
pangsapuri baiduri,
segalanya baik sahaja(bersyukur)
masak pon best..trimas sahabat.
tengah syok dgn novel musfira bagi pinjam Aa+Bb written by Hlovate,COOL!
jujur katakan novel melayu lama sgt dah tak baca jadi agak lama ambil masa nak start tapi bila dah mula buka,novel ni mmg page turner betul,habis masa tidur!


lessons for today,
hidup mesti kuat..
teruskan melangkah..
jgn mengalah...
senyumla kerna semua pasti indah!
CHAIYOK!

*tiada istilah kurangkan makan demi kesihatan dlm kamus hidup afi masa kini(mengeluh menipu,konon2 menyesal)

bersyukur saya pada DIA,sayang saya pada semua.