December 16, 2010

bila rasa itu tiba

hari ni aku rasa benci bila aku tahu aku boleh buat tapi aku taknak buat. aku tahu aku salah tapi aku tekad juga. aku kena lari jauh-jauh tapi tak cukup jauh. aku rasa bersalah tapi aku tetap kejam. benci bila aku rasa aku tersekat. bila aku rasa masa sebenarnya buat aku lelah. masa sebenarnya buat aku jadi lambat kebelakang. aku harus sgt perlu lari. aku tahu aku blh tapi aku taknak. bila taknak..sedih itu tiba. bila sedih itu tiba...aku jadi tak berguna. aku soal akan realiti.

hari ni aku rasa aku tak suka bila aku harus bermuka muka. bila ke kiri salah ke kanan juga salah. bila tiada yg pasti. bila rasa kejam itu melampau. manusia pasti boleh berubah. tapi tiada hak utk aku kata apa-apa. pandang dan membantu yg hitam. bila yg putih itu tidak pasti maka aku biarkan. jika anda rasa anda betul buat sahaja. tapi ingat yg pasti anda akan dihitung.

hari ni aku rasa gembira bila aku masih aku. aku syukur bila yg aku pegang belum pernah aku lepaskan. aku tahu aku goyah tapi aku syukur aku masih aku. jika ini untuk aku, aku rasa aku suka. syukur. ia ada hikmah. harap tiang aku kukuh utk aku kelak.

hari ni aku rasa aku byk mengarut merapu merabai mencarut tak pasal-pasal.
hari ni aku nampak ada lah beberapa mamat yg duduk makan depan meja aku. aku tahu lah aku makan byk tapi takyah lah duk gelak2 tgk2 ala2 macam tak pernah nampak orang makan banyak! tak reti nak cover ke kalu terkejut pon! haish betul ke orang melayu suka tgk org? pi ketuk hati tanya sendiri.

jgn tgk mirror 2. haruslah aku rasa ganas gila movie tu. aduh sakit habis. bayangkan bila anda gigit kaca maksud saya GIGIT BEST2 PASTU TELAN? herm perut kena toreh dalam2? aduhlahweh..sakit sero. luga tekok ambo. rapunzel tu alahai comelnye. flynn rider tu hensemnye. memang saya sewel bila saya rasa ouh..jatuh chenta dgn character cartoon tak penah wujud. itazura na kiss, saya habiskan satu hari je. saya suka. mereka comel.
alahai..hensem dan comel kan kan kan?

rasa pelik bila sebut lampu isyarat. rasa pelik bila sebut ulangkaji, rasa pelik bila sebut burger istimewa. rasa pelik bila sebut kenderaan. aku tanya mana pergi melayu itu. bila bahasa tidak dibanggakan. cari identiti anda sebelum saya kata anda sebenarnya lalang. buang segala ikut merata. bangga bila anda moden dgn budaya sana.

1 nasihat:

achik said...

nice...huhu

Post a Comment